tag:blogger.com,1999:blog-851350932074651062024-03-13T08:13:13.724+08:00ruang lingkupshafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comBlogger334125tag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-91640893853418203792018-01-19T00:02:00.001+08:002018-01-19T00:02:23.306+08:00simptomtipulah kalau aku kata perjalanan aku selepas graduasi seindah cerita-cerita di instagram. dua tahun setengah memperlihatkan aku tidak punya apa-apa. tinggal di kota petaling-yang mungkin kurang sikit lemas berbanding ibu kota lumpur- menuntut hampir seluruh tenaga dan hasil aku. tidak makan mewah, tidak berpakai molek, tidak beroda empat, apatah lagi berlibur pijak pasir sambil berfoto tepi pantai.

okay, mungkin aku kurang tuah dalam hal-hal material, tapi harus aku akui dalam hal-hal yang melibatkan waktu aku sedikit menang. meski tak hidup mentereng seperti kawan bekas sekuliah lain, tapi sekurangnya aku tak pulang lewat dari kantor 7 hari berturut-turut, ataupun menangis tertekan kerana kerja yang tidak punya hati lagi menyesakkan. tapi yelah, kontranya tetap terletak di posisi yang sama - tak banyak waktu yang terluang pada kerja menyebabkan aku kurang cekap, kurang pengalaman, kurang ilmu berbanding mereka yang betul-betul gunakan 2 tahun setengah ini BERKERJA. atau dengan kata lain; kalau nak dibandingkan aku dengan pengukur lain mungkin tahapnya berbeza seperti budak tadika dan budak UPSR,

tapi aku kira aku bernasib baik dan mahu peluk Rabb secara virtual tentang apa sahaja yang Dia berikan pada aku.

kerana 2 tahun setengah ini mengajar aku banyak benda (walaupun bukan dalam hal kerja). aku ditempatkan bersama golongan peringkat umur yang sudah senior, bermakna aku paling muda dan jagung disitu, lalu disebabkan itu aku belajar sesuatu yang sangat berbeza dengan ketika aku kuliah dengan rakan sebaya. meh sini andaikan; andaikan bila kau sentiasa melihat dari arah depan, berkawan dengan golongan yang berbeza dengan kau adalah seperti melihat footage cctv dari arah belakang. faham? (lebih kurang begitulah, kawan). menjadi yang paling muda juga menuntut aku menjadi orang yang lebih memberi; memberi tolong, memberi tangan, memberi telinga, memberi sabar dan memberi hati.

hal yang kedua aku dapat adalah tentang apa itu cukup.

cuba kau bayangkan, aku pernah terima gaji bulanan 1.5k sahaja. hidup di kota dengan nilai begitu sesak kawan, sesak. tapi aku cuba ajar diri aku meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada Rabb, yang cukup itu bukan pada nilai tapi lebih kepada barakah. duit yang ada aku susun dan agih sebaiknya, bayar bil, komitmen, dan serahkan sedikit pada mama, alhamdulillah cukup malah ada sedikit lebih baki. malah bulan itu akan aku kenang sebagai bulan aku mula menjadi perempuan yang bangsa melayu aku mahu iaitu 'perempuan yang tahu memasak'. aku balik rehat tengahari semata-mata untuk masak apa yang ada untuk alas perut. haih hidup mengajar kita sesuatu dan kita mengikutnya dengan rela, bukan?

aduhai, bila lihat aku tulis panjang-panjang begini buat aku mengeluh. ya aku dah menua, dan suka berleter panjang adalah simptomnya.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-73012502673833390732017-08-12T00:14:00.000+08:002017-08-12T00:14:37.226+08:00ehemaku memasuki fasa-fasa ketakutan menulis.

bertemankan empat wanita matang dan berpendirian dalam bilik dingin hawa tidak lebih dari membuatkan aku gugup. idea-idea mereka menggegar dunia atau seperti dikata pak andrea; tres bien, excellent! dan aku pula hadir sebagai budak hingusan yang kerap kali ketandusan, lupa nak cakap apa, tergagap, terkincit dan sebagainya. tapi patutnya sesi penulisan tak ada apa yang patut aku rungsingkan dengan tekanan dari pihak luar (contohnya empat wanita matang dan berpendirian), yang sebenar aku rungsing dan susah hati pastilah kerana diri aku sendiri. santai, tidak fokus dan ilmu didada lebih sedikit dari zero.

sebagai contoh sejak awal minggu ini aku berjinak-jinak dengan buku dan artikel, tapi artikel akhirnya aku baca 15 minit sebelum tidur dari keseluruhan 2 jam aku luangkan. dan hari ini sedikit cemerlang apabila aku berjaya fokus hampir 1 jam membaca tapi itu masih tak memberi makna apa-apa. 1 jam itu sebenarnya membuatkan aku kesamparan memikirkan banyak yang masih aku perlu baca, teliti, cari dan hadam.

tapi rahmatnya adalah apabila aku dijodohkan terbaca berkenaan teori perkembangan moral Kohlberg. aku rasa teori ini padan betul kalau dimasukkan dengan buku klasik anak mat lela gila yang aku baca kelmarin, ya yang sebenarnya tiada kaitan dengan kerja aku. tapi tak mengapalah, aku suka juga bila dapat berfikir kritis begini daripada asik menciap burung tak kira siang malam. ehem.shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-47972167325926279742016-07-18T12:18:00.001+08:002016-07-18T12:18:26.149+08:00pilihan (II)berkisar tentang pos beberapa minggu lepas, hari ini aku kembali menulis tentang pilihan.

ya. aku sedang membuat pilihan.

dan kini aku sedang menyusun dokumen dokumen penting yang diperlukan untuk pilihan aku. aku sedang mengumpul buku buku yang bakal aku jadikan rujukan dan makanan untuk pilihan aku nanti. aku tekad, kali ini adalah keputusan yang aku buat khas untuk diri aku, dan bukan kerana kepentingan orang lain. kerana aku akan hidup untuk tahun tahun selebihnya nanti untuk aku, bukan orang lain.

bah, kalau eyah nak amik ni boleh?

tak boleh. itu bukan ada masa depan. buat apa yang ada masa depan.

tapi ini adalah jiwa aku, akan aku buktikan pada dia yang ukuran masa depan itu sebenarnya luas. esok juga adalah masa depan, yang penting dalam esok atau masa depan yang lebih depan kita mampu senyum gembira bersyukur dan tak menyalahkan masa lalu.

pilihan senantiasa ada dalam tangan kita, kawan.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-31863078047930266392016-06-30T11:21:00.000+08:002016-06-30T11:24:47.059+08:00tahun pertama dan ketigalagu lagu raya telah mengetuk pintu dan memasuki ruang bertemu kami semua di pejabat dengan pakaian warna warni, manakala lagu lagu qasidah puja pujian yang telah selesai minum di meja tamu minta undur diri, walau sebenarnya mereka masih belum sempat menjamu pencuci mulut.

kamu pulang beraya ngak lebaran nanti?

tidak embak, udah lama tidak pulang. tahun ini beraya di sini aja bersama anak.

iklan iklan raya berputar di otak aku, sinonim iklan raya yang bercerita tentang anak yang yang diperantauan pulang ke kampung. sekurang kurangnya hidup aku tak sesedih iklan raya mahupun kisah tukang cuci pejabat yang tak pulang ke kampung raya ini. mungkin surabaya merinduinya, setebal dia merindui surabaya.

kenapa ngak pulang lebaran?

ngak cukup duit embak. terakhir pulang waktu anak saya lagi meninggal, lalu pulang ke kampung dikebumi di sana.

memang benar, bukan semua bertuah. ada yang pulang ke kampung lebaran dengan duit penuh di poket dan dinanti dengan tangan mendepa ibu ayah mahu memeluk, ada yang tak pulang lebaran kerana memenuhkan poket. aku pulang kekampung dengan bekalan tak sepenuh orang lain, dan sambutan pelukan yang tak semeriah orang lain, namun beruntungnya aku masih mampu pulang. kerana tanpa disedar, ada yang tak mampu peroleh walau salah satunya sekalipun.

aku lihat jam tangan di pergelangan kanan aku, sudah jam 12.
sampul duit gambar RHB bank aku ambil lalu beri pada tukang cuci.

Terima kasih embak, semoga bertemu lagi ramadhan tahun
mendatang.

ini ramadhan terbaik aku, walau masih banyak lopong amal ibadat. dan aku harap bakal bertemu lagi
ramadhan akan datang agar dapat dijadikan ramadhan hadapan lebih baik dari yang terbaik ini.

p/s; salam lebaran.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-26761140878629635152016-06-02T22:59:00.000+08:002016-06-02T22:59:11.208+08:00daging bernama hatiperjalanan ini sepertinya tidak membawa aku kemana mana

sebaik mana pakaian yang aku salut ke tubuh

hati aku tetap kotor

seperti ianya tidak turut membalut molek daging bernama hati

seperti aku menunggu sutera dari langit

yang putih, bersih dan bertulis ayat ayat magis dari Kau

seperti aku menunggu para para malaikat turun ke bumi memberi aku surat

yang menyatakan bahawa jalan yang aku pilih dan lalu sebenarnya memang kepada Engkau

seperti aku menunggu sesuatu yang ajaib, yang kerap kali ditulis dalam buku buku

kenapa tuhan? kenapa hati aku begini?

adakah aku adalah sebuah cerita yang tak siap?

adakah aku adalah sosok hitam dalam cerita yang tak habis ini?

adakah aku adalah salah satu munafiq yang kau tulis dalam kitabMu?

kerana semakin aku cuba dekat, semakin aku sebenarnya jauh

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-9349106428930159772016-05-06T07:56:00.000+08:002016-05-06T07:56:00.182+08:00hikmah dan hijrahsebenarnya banyak hikmah disebalik kemalangan rumah dimasuk pencuri yang terjadi isnin minggu lepas di rumah kami. antaranya naei kehilangan laptop (adakah itu rahmat?) dan memerlukan binatang itu untuk meneruskan sisa semester dengan menghantar assignment. lalu aku yang dipenuhi rasa bersalah kerana merupakan salah seorang suspek yang tak menutup pintu rumah selepas keluar telah menawarkan laptop aku untuk dipinjam. lalu berakhirlah segala jadual menonton drama hangul yang telah bermula sejak april, yang pada mulanya ditonton secara tak sengaja lalu akhirnya terjebak dan kecanduan.

ya, malu sebenarnya bila terlalu ketagih dengan hal hal begini yang bagi aku sudah tidak relevan lagi di umur aku untuk terkinja-kinja dan menjerit oppa-oppa-saranghae. dan kecanduan ini menunjukkan aras yang sudah patut dihentikan bila aku mula berkomunikasi dalam bahasa hangul dengan anak buah aku yang berumur 10 bulan.

laman goodreads pun telah merekodkan buku terakhir yang aku baca adalah pada 31 maret, sebulan penuh dipukul fantasi drama asia timur sehingga menjadikan aku tak setia pada buku. walaupun simpati pada naei, tapi rupanya kau adalah rahmat disebalik segala kelaghaan ini.

dan semalam lepas pulang kelas dan berborak satu dua hal dengan naei, dia kemudiannya buka laptop

'kak, jom tengok secret garden'

p/s; berhijrah tak pernah mudah.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-67113758165474368492016-05-05T15:18:00.003+08:002016-05-05T15:18:34.693+08:00nak tajuk apa

mungkin kita perlu mulakan dengan bangun pagi.

zzzzz..shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-53772309121643243962016-03-04T08:49:00.000+08:002016-03-04T08:54:05.645+08:00pilihanhidup punya banyak pilihan. dan semua orang boleh pilih apa yang dia mahu sendiri tanpa dibawah pengaruh siapa siapa. walaupun banyak orang akan bermulut;

aku tak boleh buat pilihan.

aku dah tak ada pilihan lain.

kalau aku buat apa yang aku nak nanti habislah aku.

blablabla...

sebenarnya semudah kalau kita tak pilih A tapi B, jangan risau selepas B akan ada Bi, Bii, Biii, Biv sama juga seperti kita pilih A iaitu selepas A akan dituruti oleh Ai, Aii, Aiii, Aiv dan seterusnya infiniti. cuma yang membezakan, kita berada di jalan B dan bukan A. dan bila kita dah faham konsep ini barulah kita tersedar yang tidak boleh memilih itu adalah kita, yang tak mahu berubah itu adalah kita.

bukan orang lain.

dunia menawarkan banyal hal kawan. kesan sesuatu pilihan adalah sesuatu yang akan berlaku pada semua orang. sama ada baik atau buruk, bahagia atau murung, positif atau negatif. kalau kita tersilap memilih jalan sekalipun, kita masih boleh pilih untuk patah balik atau tidak. nah, itupun satu pilihan juga bukan?

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-58078028349258766622016-02-21T00:58:00.000+08:002016-02-21T00:58:15.582+08:00pokok rimbun bunga kuningsetiap pagi aku akan berjogging (berjalan?) ke tempat kerja. kadang kadang lima belas minit, kadang kadang sepuluh minit -itu bila aku dah terlambat. minggu minggu terawal aku selalu kena salak anjing banjingan milik orang orang kaya rumah dua tingkat yang buat aku terkejut sehingga melatah terlompat tiga sentimeter dari tanah. tapi bila dah terbiasa pagi jadi indah sekali, anjing anjng yang dah lali dengan bau aku hanya jelir lidah di tepi pagar sambil tunggu aku jelir lidah kembali pada mereka. ada satu pagi menjelang waktu dhuha aku berjalan bawah pokok berbunga kuning yang sedang merimbun gugur. dengan cahaya oren pagi, bunga kuning, angin nyaman, langit biru. duhai.

bagaimana dunia berputar boleh secantik ini, tapi manusia tak sedar.

dan pagi tadi aku berpergian ke satu forum pasal fiqh kotaraya. lemas rasanya bila selalu diingatkan tentang realiti kehidupan di bandar masa kini, bila bandar hilang manusiawinya. seperti mahu bangun dan jerit, memperbunyikan segala rasa lelah, kecewa dengan semua yang berlaku, dengan manusia yang sudah tidak berjiwa manusia yang turut megheret si miskin menukar agama menyembah wang.

selalu aku teringat pada rumah rumah orang kaya, yang terlalu besar tapi nampak sunyi sekali. cuba aku kaitkan dengan rumah perumahan flat murah Pantai Dalam yang bersesak sesak satu sekeluarga dalam rumah kecil. mungkin rumah besar mahal hanya dibuat untuk diduduki jin dan hantu dan kemudian manusia hanya mampu duduk tak berumah.

pagi lusa aku akan mula berjalan lagi seperti biasa ke tempat kerja, sepertinya aku pun sudah kehilangan separuh semangat mengenangkan hidup di hujung zaman. benarkah duit sepenting itu, yang boleh membeli segalanya dan membiarkan kemanusiaan tak ubah seperti benda murah tak bernilai milik orang miskin pemalas?

aku harap pokok rimbun masih berbunga kuning esok, buat aku mengingat yang hidup ini tuhan yang punya. tuhan yang punya.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-46004475688428307222016-02-02T19:24:00.000+08:002016-02-02T19:24:00.417+08:00tak terhabisya Allah, ampunilah diri kami yang telah menzalimi diri kami sendirishafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-59178805344619940612016-01-11T15:27:00.003+08:002016-01-11T16:34:53.285+08:00random tahun barudisebabkan setiap tahun baru yang masuk kita harus berjiwa besar, jadi aku belanja diri sendiri sebuah catatan harian untuk minggu pertama tahun baru;

ee-

lepas aku didiagnos oleh doktor pakar bahwa aku ada penyakit sensitif terhadap habuk, aku ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu yang luas yang aku sahih tahap sedikit-bebas-habuknya. tapi kesan dari itu aku kurang tidur dan bangun pagi dengan liat dan tersengguk tika subuh jamaah. yelah, maklumlah apa yang kau boleh harapkan bila tidur di ruang tamu yang penghuninya lebih dari jumlah jari tangan kau. isi rumah yang masih berulit nota periksa tidur lambat dan buat bermacam aktiviti walau dah menjelang dua pagi. aku redhakan saja bila kerap terkejut terbangun dengan suara adik manis menyanyi lagu janam janam.

*tapi isi rumah aku baik dan aku sayang mereka

er-

ada khabar dukacita datang dari pejabat bila kami diarahkan tidak terlepas mesyuarat bersama pengurusan esok pagi. lepas risik punya risik barulah jumpa angin yang mengkhabarkan yang pejabat akan dikecilkan dan satu komponen pejabat akan di-nyah-sewa. maksud paling senang; tempat aku bermalas malas dan mengular sambil akses internet tanpa gangguan akan ditutup! tahlah mungkin Rabb sedang makbulkan doa aku yang sungguh sungguh mahu kerja kuat tapi tak berhasil berfaktor dari godaan terlalu besar. ya, Rabb sedang menjawab doa itu dengan mengecilkan sumber godaan. burphh.

*kamonlah, dengan ekonomi sekarang kecilkan pejabat lebih baik dari pecat pekerja, jadi syukur!

san-

yang ketiaga tiada apa sangat, cuma aku mula membaca dengan konsisten semula. sambil mencicip milo panas dan tunggu jam lapan sebelum aku mula jalan kaki pergi ke tempat korek duit.

kesimpulannya tahun terbaru dari mata seorang yang baru bekerja tiada lain selain kerja-penat-mengular-cuti-dan-haaesokdahkerja.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-86376336184132203382016-01-07T11:07:00.000+08:002016-01-07T11:50:39.283+08:00edisi khasavicenna lebih redup sekarang berbanding kali pertama aku datang sini dulu, lebih kurang dua tahun lepas. kali pertama masuk sini aku rasa avicenna sunyi sepi, gaya hospital banting. lepas mula menginap sini sejak semester lepas, aku rasa tersangatlah hambar. tak ada apa yang menarik selain bakal bakal doktor yang ke hulur hilir dengan kot putih dan penekap telinga yang jarang boleh lihat di menara budi. jadi mulanya sedikit teruja dengan makhluk makhluk berkot, tapi lama lama kami jadi biasa dan anggap rutin pelajar perubatan yang keluar pagi balik malam agak menyedihkan. berbahagialah kalian dengan sesuatu yang kalian suka dan persetankan kata kata penjatuh semangat aku ini (?)

berita bagusnya, aku mula sedar aku dan eksplorasi tempat baru berpisah tiada.

jadi aku gunakan awal kemasukkan ke sini dengan merayau rayau sekitar kolej, cari tempat tempat menarik, mengendap sana sini, naik tangga dan turun, masuk dan keluar, panjat dan lompat. baring. duduk dan termenung. berjuta aku rungut sejak di sini; kakak kedai runcit berlagak, jauh dari jalan besar, dekat dengan bilik mayat, tiada aktiviti, kolej mati, jauh dari tasik yang menyebabkan aku malas berjogging, kereta lalu macam pelesit dan blablabla. aku mula banding bandingkan sini dan tempat lama. aku rasa menara budi lagi sentimental, lebih kena dengan jiwa. aha. sesuatu yang tak akan aku mengaku waktu duduk sana dulu. biasalah manusia hanya akan menghargai bila dah tiada depan bulu mata (tembak kepala)

tapi lepas lebih satu semester aku rasa seronok dengan semua kehambaran di sini, disebalik senyap sunyi ada indah, ada semangat kemenangan, ada lisa kucing berloceng yang sedikit celaru, ada rooftop tempat keringkan rambut yang paling escape-place. ada banyak ruang pelarian disini dan aku mula rindu semuanya meskipun aku belum tinggalkan lagi. dan tanpa sedar aku mula masuk zon selesa yang bagi aku sangat tidak sihat untuk jiwa gipsi aku.

semester depan aku tak disini, dari awal sudah siapkan tugas setiausaha kelab persembahan sampai malam supaya abang kepada kucing lisa tak akan cari aku lagi untuk buat laporan semester depan. anggaplah bernomad itu aku dalam mencari tempat baru supaya diri kembali belajar eksplorasi dan keluar dari zon selesa. mungkin semester depan avicenna akan dipandang dari tingkat tujuh mercu dengan rasa sayu, sama macam aku pandang menara budi dari dalam bas sejak dah bergelar bekas penghuni.

hmm masa memang turun terlalu lebat sampai payung sendiri tak dapat selamatkan sikit pun sisa memori dari terlekat di tubuh.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-90603185564445847902016-01-04T11:45:00.001+08:002016-01-04T11:45:28.169+08:00clichesebenarnya tahun lepas umpama panah kilat untuk aku; iaitu terlalu cepat, tak sedar dan terangnya hanya sekejap (eleh). dan tahun ini pun dah menjejak hari yang tah-keberapa-aku-tak-nak-tahu, bila masuk pejabat dan aku tengok kelender yang aku tinggalkan beberapa hari lalu sebab cuti panjang dah tak boleh di gunakan lagi, dan berita buruknya aku tak ada kelender baru dan kelender lama masih aku letak atas monitor berikutan tak nak move on.

mahu ceritakan apa yang sudah jadi tahun lepas pun macam cliche tapi itulah hakikatnya, manusia memang suka mengenang. jadi untuk diri yang suka berpaut pada benda lama marilah aku bawa kau orang jalan-jalan bersama aku sekitar tahun lepas.

lebih kurang awal januari aku berjanji untuk menulis catatan hari-hari. ya aku berjaya tapi cuma untuk buku pertama, bila habis buku pertama aku malas nak beli buku baru lalu azam men-timeline-kan duaribulimabelas aku pun terkubur. awal tahun sambutan hari kemenjadian aku pun disambut secara sederhana bersama tiupan lighter di bilik tengah tingkat tujuh alam bina dihimpit bersama nota-nota periksa. ya januari mencatatkan momen terakhir bersama sahabat bertelaah mengejar periksa ketiduran di studio dan mencicip coklat panas secawan di tepi tingkap.

kemudian sekitar cuti aku menghabiskan beberapa buku yang masih belum dibaca di dalam gubuk di rumah sebelum sebulan kemudian berjuang menjadi budak trainee di petaling jaya dimana di sana aku memutuskan bahawa pengukur sesungguhnya bukanlah profession berjiwa aku.

tarikh habis trainee betul-betul sehari sebelum kelahiran bunga di dalam pondok kami yang juga dinamakan bunga oleh bapaknya. itulah klimaks untuk tahun itu. benar-benar pertengahan tahun dan enam bulan selepas hari kemenjadian aku yang ke dua-puluh-rahsia.

agustus dan bulan seterusnya aku dedikasikan sebagai bulan yang tidak wujud dalam kamus tahun itu sebab aku sendiri tak tahu apa yang berlaku bila sedar tak sedar hari bertukar menjadi 30 haribulan desember dan aku sedang menghantar borang cuti sehari dari menjadi pengukur untuk sambutan tahun baru di klang.

p/s; bila umur semakin meningkat, bukan bila-nak-kahwin jadi kegusaran aku, tapi bila aku masih belum berubah dan berperangai sama macam sepuluh tahun lepasshafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-84884252070270909342015-10-22T09:18:00.001+08:002015-10-22T09:20:22.323+08:00Ini bukan utusan seorang peminat (baca; admirer) pada orang yang diminatinya (baca; crush).

Ya, aku tahu kalau malu memang tak akan dapat apa-apa. Tapi aku percaya tuhan tahu,
yang aku bukannya sombong pada ahmad. Aku nampak dia dan ibunya tepi tangga.
Bukan setakat sapa, senyum pun aku tak mahu. Aku buat buat tak nampak, tapi
disebalik tiang khemah dan jambangan bunga aku curi curi pandang ahmad baju
putih seluar hitam gaya peguam syariah lepas habiskan kes cerai.

Aku sebenarnya
malulah ahmad. Tapi, ini kali terakhirlah mad kalau aku mahu nampak kau pun.
Ini bukan utusan seorang peminat (baca; admirer) pada orang yang
diminatinya (baca; crush).

Aku teringatkan ahmad sebab aku pernah minta
kebenaran dia nak panjat tingkap studio dia untuk ambil biskut aku yang tertinggal
luar koridor sebelah. Aku tak ucap terima kasih pun, aku terus panjat masuk
kembali tingkap dengan biskut kraker dan oligo 3 dalam 1 di tangan tanpa aku pandang atau senyum
terima kasih, sebab kebetulan memang ada saki air liur basi tepi muka aku di
saat jam sudah pukul 12 tengahari. Anak dara bangun saat matahari atas kaabah
ditambah dengan kelakuan panjat koridor bagi aku boleh dipanggil kurang tebiat. Tak mengapalah ahmad, aku mungkin kau tak tahu yang aku ini pemalu umpama
manusia tiada hidung (simpulan bahasa mak aku). Semoga kau sukses selalu
menjadi doktor kepada bangunan bangunan di melesie ini. Dan jika kau di takdir
bertemu belahan dan menikah, aku doakan yang dia menjaga kau dan mak kau
sepenuh jiwanya dan orangnya juga semanis gula perang kalau tak semanis kau
gula melaka.

<o:p></o:p>

Aku
semacam ada gerak hati yang kau juga akan terbuka taip taip aku, sebab itu aku
tulis disini. Kalau kau baca baguslah (dengan harapan kau tahu aku sebenarnya
bukan sombong cuma sejenis makhluk tak berhidung). Walaupun aku tahu menulis di
blog adalah sangat lapuk tak sejaman instaberat dan penciap. Kalau tak terbaca pun
tak mengapa, aku hanya mahu sedapkan hati aku yang mula tak sedap sejak di
tangga tadi.

Ok.
Selamat bergraduasi semua.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-74853233486497429152015-10-15T21:24:00.000+08:002015-10-15T21:31:13.798+08:00teater

semalam aku menghabiskan malam aku dengan
ratapan zainuddin dalam surat-suratnya untuk haryati. aku hanya temenung dalam
panggung tingkat ketiga, terkadang takjub, terkadang simpati tentang bagaimana
hidup ini mempermainkan manusia yang terlalu menyembahnya.

disebabkan aku ialah
seorang yang sangat mudah masuk dalam dunia buatan, jadi malam tadi aku terbang
sebentar ke Padang untuk turut bersama zainuddin berteduh di bawah pondok dalam
hujan di lewat petang. aku jadi saksi yang pada masa itu petang sangat basah,
hujan sangat syahdu dan ada dua hati yang terapung apung indah di atas langit. petang
waktu haryati berjanji akan tetap setia selama mana bumi berputar membuatkan
aku yang ketika itu bersandar di pokok sambil melihat mereka jadi simpati, kerana sejak dari awal sudah aku tahu
janji itu bakal terbang, hilang seperti tidak pernah diucap sesiapa. aku hanya termenung di tingkap bilik rumah
kedai zainuddin tatkala haryati datang dengan jari merah berinai, membuatkan
cermin yang berkecai ditumbuk paku saling tak tumpah sama dengan hati
zainuddin.

dunia memperlihatkan pada haryati sebelum dia meninggalkan kita
semua bahawa keberuntungan sentiasa akan lari jika kita terlalu mahu
mengejarnya, dan akan datang semula bila kita berhenti mendamba dan duduk
menerima apa yang ada sebaik mungkin. seikhlas hati.

dan haryati telah tersilap
menduga untung,

lalu bersama kapal van der wijck, dia membawa sekali rasa
sesal, rasa ego zainuddin dan cerita mereka yang sudah habis.

benar kata zainuddin, sebenarnya haryati
sudah lama mati. yang tinggal kini hanya jasad bernama haryati, sedangkan tanpa
zainuddin tahu, dia sendiri rupanya sudah tinggal hati yang seluruhnya sudah
kosong isi.

dunia sedang mempermainkan kita haryati. kita, semua.

p/s; mahu beri tahu diri aku yang berumur 14 tahun bahawa
dirinya akan lihat tenggelamnya kapal van der wijck di pentas istana
budaya sembilan tahun nanti

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-21076630443077490802015-09-23T09:31:00.001+08:002015-10-15T17:10:48.799+08:00kacau bukan selalu.

bukan selalu perkara macam ini terjadi, malah jarang sekali. ya, mimpi-mimpi yang aneh datang lagi. aku kira-kira minggu ini dan minggu lepas adalah tempoh waktu waktu tidur aku penuh kacau. kemarin aku termimpikan hal kerja, padahal waktu kerja kebiasaannya aku duduk goyang-goyang kerusi buat-buat sibuk. jadi bermimpi hal kerja disebabkan tekanan adalah tidak munasabah, kerana aku belum pernah lagi duduk dalam fasa tertekan sejak mahu menginjak ke usia dua bulan karier.

jadi, semalam adalah puncaknya. puncak di mana aku termimpikan perkara luar capaian.

selepas termimpikan aisya m lalu bangun tidur aku dilanda bingung. esok pagi-pagi di pejabat dengan perut yang kosong aku duduk menaip di meja kerja. menaip surat untuk dirinya. dalam surat yang panjang aku menyebut secara lalu mengapa aku menulis untuknya, tentang mimpi-mimpi dan harapan aku di akhir surat. aku harap dia sihat dan berpesan jangan lupa kongsi berita jika sudah mahu menikah nanti. dan di akhir surat yang panjang lebar aku menaip yang aku rindukan dia.

lalu selepas tamat tulis, aku cetak surat itu atas kertas terpakai, aku lipat dan letak dalam laci. pagi esok surat itu hilang bersama perasaan gusar aku.

ya. aku tak pernah cetak surat itu dan tidak akan pernah hantar pada siapa ia dituju. masa yang lalu terlalu jauh untuk aku tuntut kembali dan aku yang loser hanya mampu bermimpi dan menulis perkara yang tidak realistik.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-22373265072754727992015-05-20T14:22:00.000+08:002015-05-20T14:22:03.714+08:00ulasan; kunang pesisir mortenbaru baru ini aku membaca kunang pesisir morten hasil tulis dari raiha bahaudin, kebetulan buku yang sama aku dan kawan aku olai beli waktu pesta buku pwtc mei kelmarin. ada dalam 20 muka surat perjalanan pembacaan, aku terus hantar pesanan pada olai,

'mashaallah laiii kunang pesisir morten buku ini!!'

tak sampai separuh apa yang aku baca, buku ini terus mengingatkan aku kepada nukilan tetralogi andrea hirata laskar pelangi. persis sekali tetapi dengan nafas tanah melaka yang kuat menggambarkan malaysia pada era 80an.

aku kira kepada sesiapa yang sukakan buku tentang kehidupan dan rahmat disebalik kesempitan dan kesusahan, buku ini pantas sekali. di dalamnya raiha membuatkan kau percaya rahmat Tuhan sentiasa ada di atas bumiNya, tak kira pada sesiapa pun. dan kunang pesisir morten secara bijaknya menggunakan kisah hidup kanak-kanak yang lebih dekat dengan diri kita, kerana semua manusia dewasa pernah menjadi anak kecil, jadi untuk berada di atas kasut adi, dhiya dan lim bukanlah perkara yang sukar, kerana kehidupan kanak-kanak itu juga sesuatu yang kita semua pernah ada dan lalui.

satu prinsip dan disiplin penulisan yang jarang-jarang sekali kita boleh lihat pada penulis tanah air. dikala kau sudah terlalu bosan dan muak dengan keluaran tempatan, pastinya kunang pesisir morten karya yang boleh mengubat. input buku juga seperti tangan tua yang memukul kepala aku atas sebab kebodohan dan kekurangan ilmu dalam sejarah malaysia terutama sekali pengetahuan tentang negeri pertama tanah melayu. selain tentang bagaimana terhasilnya perkampungan morten, adi dan dhiya juga turut membawa aku berlari bersama mereka di jambatan lama setiap petang.

dan yang paling penting, kisahnya tidak terlalu fantasi. cukup berpijak atas bumi yang keras bahawa setiap dari kita Tuhan tentukan jalan dan laluan yang unik untuk dilalui. lim dan adi yang akhirnya berpisah dengan permata mereka dijadikan penulis sebagai satu alasan yang kukuh; hidup bahagia itu bukan hanya terletak pada kebersamaan geografi, asalkan hati mereka tetap sama, lalu semangat perempuan kunang itu meresap ke dalam jiwa mereka sehingga tanpa mereka sedar mereka pun dewasa.

berdoalah pada tuhan agar ini bukan yang terakhir kali kita dapat membaca perjalanan sebaik ini. terima kasih raiha dan kunangnya.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-56979569160412881902015-03-03T22:43:00.003+08:002015-03-03T22:43:53.860+08:00kos melepastuhan sudah atur, manusia tidak boleh dapat semua. lalu Dia putuskan bila kau dapat B, kau mungkin perlu lepaskan hal A,Z atau M yang mana perkara yang dipegang sebelum kau peroleh B.

semenjak aku di semester lapan, diam-diam aku dah pandai jadi bahagia. setiap kali buka pintu bilik aku dapat rasa satu kepuasan, mata telinga dan hati aku nyaman dan aku pasti ini sebenarnya yang ada dalam mimpi-mimpi aku selama ini. perihal jalan kaki ke tempat timba duit bukanlah hal besar, malah lagi menjadi sebahagian dari kegembiraan hari-hari. cuma bila ramai yang mula risau, aku putuskan buat orang senang hati lebih baik dan tak membebankan emosi. lalu aku pun berusaha tunggu bas pagi-pagi walau pakcik bas sekolah malaya gemar buat tak nampak aku yang manis berbaju kurung di pondok tunggu.

jalan kaki tetap sisi termanis bila aku pun boleh dapat senyum manis-manis dari orang yang manis awal pagi (?)

dalam hal kerja pula, kemalasan masih jadi sebahagian dari diri, cuma aku mula rasa perlu untuk aku cuba perkara lain lagi yang akan membuatkan aku lebih pasti dengan masa akan datang. kerjaya pengukur aku letakkan dalam tawakal bila aku putuskan kalau bukan rezeki aku dalam ini, aku tak akan menangis sampai hilang mata dan darah. aku ada letakkan lima cabang rancangan lain yang aku akan buat kalau pengukur bukan takdir yang tuhan atur.

kesimpulannya, aku bahagia. dan aku tak sangka aku temu itu di semester terakhir.

segalanya sempurna, bermula dari aku bangun tidur sampai aku bentang selimut hijau dan bergulung dalamnya semula. cuma hari terasa pahit bila kakak honda mula ketuk pintu dan minta sewa bulanan. yelah seperti aku cakap tadi, kalau kau mahu A, Z atau M, kau mungkin perlu hilang B.

hidup kan begitu.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-44879155036491170232015-02-25T21:28:00.000+08:002015-02-25T21:28:33.641+08:00berjanjilahaku selalu nasihati diri aku; tulislah apa saja, kerana tanpa menulis sesungguhnya engkau akan lupa, terbukti, bila memori tahun 14 aku cuma angin-angin lalu. aku tak ingat, aku keliru, dan aku bercampur. jadi aku anggapkan memori tahun lepas adalah memori yang hilang. lebih menakutan bila bukan keping duit, alat elektronik, atau stokin kegemaran yang hilang tapi ingatan peristiwa yang kau tak akan ulang lagi. tambah bila kau menua kau akan memikir apa perkara terbaik yang kau buat bila belia dulu, dan malangnya kau ingatan itu tak tersimpan. dan itu amat mendukacitakan.

tapi, tahun ini masih aku tak menjanjikan apa-apa.

kekerapan untuk selalu atas talian dan menulis alam maya bukan kelebihan aku. jadi aku bersumpah untuk setia pada buku catatan aku, yang akan aku tulis walau sepatah atau kalau aku rajin akan aku lukis muka kau dan memori-memori yang berjalan bersama hari-hari. di umur aku dua-puluh-lebih-tahun aku jadi terlalu takut kalau aku terlupa. takut kalau nanti aku tak akan ingat buku apa yang aku baca, filem apa yang aku tonton, siapa menghulur sepiring nasi waktu aku hanya minta sebutir beras, saat bila rambut aku paling panjang, pentas mana yang pernah aku naik dan sembahkan, meja mana dan dengan siapa yang aku duduk, wajah rumah saat masih kukuh gagah, bau peluk bunda, kisahnya, cintanya,

dan semuanya yang penting, yang tak akan berulang.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-81275502416733547932014-11-18T18:38:00.001+08:002014-11-18T18:38:39.626+08:00semalamdalam segala kekalutan semalam, aku duduk-duduk kejap atas bangku tepi kantin sambil menunggu matahari sidang. lepas kelas matematik tambahan aku selinap keluar kejap sambil hisap gula-gula. aku pandang pokok depan padang yang besar macam pohon hantu tapi bila pandang lama-lama ia kelihatan romantik lepas hujan dengan matahari bercahaya dari belakang. aku sudah nak akhiri sekolah dengan beberapa minggu lagi aku akan masuk dewan dan jawab apa yang patut. dengar kata ura-ura rakan sekelas dan aku akan jawab periksa dalam kelas biasa tak berhawa dingin seperti budak kelas depan. aku cuma redha, asalkan aku tak dikuarantin masuk kelas istemewa pembawa wabak sakit mata lepas beberapa orang dari kami sudah terkena jangkitan, tambahan mata aku pun sudah mula merah dan berair. hmm aku harap aku ok.

aku hisap gula-gula yang ketiga dan mula bosan. adik angkat aku ada beri kad selamat tinggal kemarin tapi aku masih belum baca. aku terus letak dalam almari dan aku tak tahu kenapa. aku tak begitu suka selamat tinggal. ia adalah titik lepas aku daripada kawan-kawan lain, tambah aku bukanlah orang yang bijak berkawan. aku selalu buat kesilapan dalam berkawan dan membuatkan aku selalunya asing dari dunia besar. aku tak pasti aku akan masih mampu hubungi pirah kawan sebelah katil bujang aku bila lepas keluar sekolah nanti walaupun kami selalu bertukar cerita sebelum tidur, ataupun hubungi alifah dan adek (si penawar dan bunga) bila aku dah tak disini, atau mungkin hantar pesanan pada aisyam bertanya hidup bangunnya lepas aku dan dia berpecah negeri.

beginilah aku, asyik mengenang tanpa ada usaha nak mengekalkan apa yang dah ada. sombangkan aku kawan? aku tahu.

dan sekarang di atas bangku dimana usia aku kini 17 tahun, aku sedang berfikir tentang dunia luar, yang aku tak tahu aku akan bersama siapa ataupun akan duduk dimana. mungkin aku akan jumpa kawan tadika aku kembali, kawan di kampung pandan atau kawan dimana-mana pernah aku jumpa dulu bila aku masuk universiti nanti. dan kemudian aku masih tak pandai nak berkawan dengan mereka semula lalu bercadang untuk hanya mengenang sahaja.

aku yang masih aku dan sangat menyedihkan.

loceng berbunyi tersekat-sekat dari bangunan depan dataran. masa untuk balik ke bilik sebelum malam nanti aku perlu sambung latihan matematik tambahan. bye kerusi, bye pokok, aku sudah tiada masa mengenang lagi esok atau lusa, mungkin aku akan sibuk dengan kertas dan buku. harap kau bertemu lagi sesiapa yang seperti aku tahun hadapan atau hadapan lagi. yang asyik mengenang.shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-50503125151159797812014-10-30T14:36:00.001+08:002014-10-30T14:38:00.766+08:00semester sudah separuhmatahari seperti turun dan naik lebih cepat sekarang sehingga menjadikan aku kini di semester tujuh tanpa aku sedar. suasana sekitar aku pun jauh berubah berbanding lima bulan lalu dimana sekarang aku duduk dikelilingi rumah kelamin dan laungan budah kecil tak kira pagi atau petang. hujung minggu aku dikorbankan di bilik hawa dingin bersama suara-suara yang berjuang menjual untuk keping-keping duit.

aku dihujung dua puluh dua.

dan aku bakal tinggalkan sekolah, aku bakal hidup atas kaki sendiri, dan aku bakal tersesak dalam timbunan barisan kereta dan blablabla.

semuanya terasa blur.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-48173562779377263702014-06-28T00:20:00.000+08:002014-06-28T00:20:41.304+08:00musim panas tibaAku tonton beberapa gulung cerita sejak habis periksa minggu lepas. Dari kashaf imani, gie, figth club, habibi dan ainun dan beberapa cerita lain. Cuma aku suka dengan watak charlie dalam satu cerita adaptasi novel lakonan logan lerman. Dia budak lelaki penaip cerita yang kurang keyakinan diri sejak kecil lalu masuk ke sekolah tinggi menjadi pelajar freshman. Tapi aku tak recommend pun cerita ini untuk ditengok, melainkan kalau kau nak tengok emma watson berlakon selain dari watak ahli sihir. Cerita buatan amerika bagi aku tak berapa membina otak melainkan filem-filem yang dah pasti kesahihan kualitinya. Cuma aku rasa novelnya mungkin lebih baik dari filem. Charlie kata pada Sam pada malam sebelum Sam akan sambung mengaji ke kolej: kita selalunya akan terdorong untuk terima cinta yang kita rasa kita deserve untuk dapat.

Ada banyak benda yang aku tak deserve dalam dunia, tapi tuhan masih tak putus untuk beri satu persatu setiap kali aku bangun dari katil sampai aku baring kembali. Dikala itu pun kadang, masih meminta tak cukup.

'Sometimes we only accept love that we think we deserve'

But the question is; do we really deserve?

Salam ramadhan, rabb.shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-11643101699760619312014-06-12T08:42:00.000+08:002014-06-12T08:42:18.834+08:00manisAku masakkan sebalang puding jagung buat kau, penuh manis. Aku hidang, kau santap dengan perasaan menggula penuh bahagia. Kemudian aku bekalkan air dalam balang yang sama, kau minum dengan teruja tapi sarat rasa cuka epal masam. Kau simbah pada muka aku;

Bodoh, celaka, babi, lahanat, jahanam, gampang!

Kenapa kau hanya mahu yang manis sayang? Sedangkan yang kau balikkan pada muka aku itu penawar. Sebab kau mungkin tak tahu separuh dari balang jagung manis itu racun semata.

Selamat mati.

p/s; dengan segala manis yang hanya merosakkan kau.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-71266686084794855952014-05-09T01:27:00.001+08:002014-05-09T01:27:34.529+08:00disebabkan mencarut itu tidak elokdisebabkan kesibukan yang membabi-buta, aku telah mula tabur benih kurang baik pada setiap orang yang aku dekat, yang aku sayang. jadilah aku si-jengkel-seperti-mahu-ditampar tumbuh mekar atas bumi.

tahniah.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-85135093207465106.post-63332380008395327232014-04-30T11:14:00.000+08:002014-04-30T11:14:19.300+08:00cerita larut malamotak aku menepu, lalu otak ajak aku keluar istirehat diluar. aku pilih lokasi paling romantik sekali untuk otak, agar kami dapat berdua-duaan tanpa ada adegan kacau daun. seperti dalam filem klise melayu, kami berkasih di tempat tinggi terbuka, tempat yang mengikut kamus drama melayu sebagai tempat paling indah dan kool (?) kami berdiri di aras yang menampakkan hampir semua bangunan dalam universiti malaya. lalu otak pun kata 'oh romantisnya kamu' yang kemudian aku balas dengan berdehem macho. kami duduk ditangga sambil berpegangan tangan, mengelamun dan ditemani headphone yang menyanyikan lagu kesukaan kami dalam nada paling sedih. sampai pada lagu kemuncak (macam dalam drama klise lagi) otak pandang wajah aku, dibelek pipi aku, mata aku, dahi aku, hidung aku, gigi aku; kau makin malap sayang, cengkung dan lesu. aku senyum dan alihkan muka menghadap langit jerebu, angin terbias ke pipi dan tudung. otak letakkan dagunya dibahu aku sambil dia pun menikmati angin malam.

teruslah bersama aku sayang, sedang dunia memakan kau dan aku perlahan-lahan.

shafizahhttp://www.blogger.com/profile/10902565345099764487noreply@blogger.com