20140430

cerita larut malam

otak aku menepu, lalu otak ajak aku keluar istirehat diluar. aku pilih lokasi paling romantik sekali untuk otak, agar kami dapat berdua-duaan tanpa ada adegan kacau daun. seperti dalam filem klise melayu, kami berkasih di tempat tinggi terbuka, tempat yang mengikut kamus drama melayu sebagai tempat paling indah dan kool (?) kami berdiri di aras yang menampakkan hampir semua bangunan dalam universiti malaya. lalu otak pun kata 'oh romantisnya kamu' yang kemudian aku balas dengan berdehem macho. kami duduk ditangga sambil berpegangan tangan, mengelamun dan ditemani headphone yang menyanyikan lagu kesukaan kami dalam nada paling sedih. sampai pada lagu kemuncak (macam dalam drama klise lagi) otak pandang wajah aku, dibelek pipi aku, mata aku, dahi aku, hidung aku, gigi aku; kau makin malap sayang, cengkung dan lesu. aku senyum dan alihkan muka menghadap langit jerebu, angin terbias ke pipi dan tudung. otak letakkan dagunya dibahu aku sambil dia pun menikmati angin malam.

teruslah bersama aku sayang, sedang dunia memakan kau dan aku perlahan-lahan.