semenjak aku di semester lapan, diam-diam aku dah pandai jadi bahagia. setiap kali buka pintu bilik aku dapat rasa satu kepuasan, mata telinga dan hati aku nyaman dan aku pasti ini sebenarnya yang ada dalam mimpi-mimpi aku selama ini. perihal jalan kaki ke tempat timba duit bukanlah hal besar, malah lagi menjadi sebahagian dari kegembiraan hari-hari. cuma bila ramai yang mula risau, aku putuskan buat orang senang hati lebih baik dan tak membebankan emosi. lalu aku pun berusaha tunggu bas pagi-pagi walau pakcik bas sekolah malaya gemar buat tak nampak aku yang manis berbaju kurung di pondok tunggu.
jalan kaki tetap sisi termanis bila aku pun boleh dapat senyum manis-manis dari orang yang manis awal pagi (?)
dalam hal kerja pula, kemalasan masih jadi sebahagian dari diri, cuma aku mula rasa perlu untuk aku cuba perkara lain lagi yang akan membuatkan aku lebih pasti dengan masa akan datang. kerjaya pengukur aku letakkan dalam tawakal bila aku putuskan kalau bukan rezeki aku dalam ini, aku tak akan menangis sampai hilang mata dan darah. aku ada letakkan lima cabang rancangan lain yang aku akan buat kalau pengukur bukan takdir yang tuhan atur.
kesimpulannya, aku bahagia. dan aku tak sangka aku temu itu di semester terakhir.
segalanya sempurna, bermula dari aku bangun tidur sampai aku bentang selimut hijau dan bergulung dalamnya semula. cuma hari terasa pahit bila kakak honda mula ketuk pintu dan minta sewa bulanan. yelah seperti aku cakap tadi, kalau kau mahu A, Z atau M, kau mungkin perlu hilang B.
hidup kan begitu.