20150923

kacau

bukan selalu.

bukan selalu perkara macam ini terjadi, malah jarang sekali. ya, mimpi-mimpi yang aneh datang lagi. aku kira-kira minggu ini dan minggu lepas adalah tempoh waktu waktu tidur aku penuh kacau. kemarin aku termimpikan hal kerja, padahal waktu kerja kebiasaannya aku duduk goyang-goyang kerusi buat-buat sibuk. jadi bermimpi hal kerja disebabkan tekanan adalah tidak munasabah, kerana aku belum pernah lagi duduk dalam fasa tertekan sejak mahu menginjak ke usia dua bulan karier.

jadi, semalam adalah puncaknya. puncak di mana aku termimpikan perkara luar capaian.

selepas termimpikan aisya m lalu bangun tidur aku dilanda bingung. esok pagi-pagi di pejabat dengan perut yang kosong aku duduk menaip di meja kerja. menaip surat untuk dirinya. dalam surat yang panjang aku menyebut secara lalu mengapa aku menulis untuknya, tentang mimpi-mimpi dan harapan aku di akhir surat. aku harap dia sihat dan berpesan jangan lupa kongsi berita jika sudah mahu menikah nanti. dan di akhir surat yang panjang lebar aku menaip yang aku rindukan dia.

lalu selepas tamat tulis, aku cetak surat itu atas kertas terpakai, aku lipat dan letak dalam laci. pagi esok surat itu hilang bersama perasaan gusar aku.

ya. aku tak pernah cetak surat itu dan tidak akan pernah hantar pada siapa ia dituju. masa yang lalu terlalu jauh untuk aku tuntut kembali dan aku yang loser hanya mampu bermimpi dan menulis perkara yang tidak realistik.