hidup punya banyak pilihan. dan semua orang boleh pilih apa yang dia mahu sendiri tanpa dibawah pengaruh siapa siapa. walaupun banyak orang akan bermulut;
aku tak boleh buat pilihan.
aku dah tak ada pilihan lain.
kalau aku buat apa yang aku nak nanti habislah aku.
blablabla...
sebenarnya semudah kalau kita tak pilih A tapi B, jangan risau selepas B akan ada Bi, Bii, Biii, Biv sama juga seperti kita pilih A iaitu selepas A akan dituruti oleh Ai, Aii, Aiii, Aiv dan seterusnya infiniti. cuma yang membezakan, kita berada di jalan B dan bukan A. dan bila kita dah faham konsep ini barulah kita tersedar yang tidak boleh memilih itu adalah kita, yang tak mahu berubah itu adalah kita.
bukan orang lain.
dunia menawarkan banyal hal kawan. kesan sesuatu pilihan adalah sesuatu yang akan berlaku pada semua orang. sama ada baik atau buruk, bahagia atau murung, positif atau negatif. kalau kita tersilap memilih jalan sekalipun, kita masih boleh pilih untuk patah balik atau tidak. nah, itupun satu pilihan juga bukan?