20101211

8 disember 2010

ini sepatutnya entri untuk 8.12.2010

alkisah.;

saya lalui kelas kimia dengan gaya meneran. garis-garis kedutan di dahi semakin bertambah lagaknya. tengok dila style, sempoi, relax + expert sepanjang kuliah.

perghhhhhhhhhhhhhh.

mungkin dia tak sedar manusia sebelah dia dah semakin tua sebab asyik berkerut. nasib saya masih baik sebab tulisan cikgu tak jadi macam tulisan sanskrit. masih boleh menangkap bait-bait kata dan huruf beliau.

semenjak dua menjak ni kebebalan saya semakin terserlah khususnya dalam subjek-subjek sains. rasa macam nak culik AISYAMUDDEN dari fakulti muzik uitm dan suruh beliau duduk disebelah waktu kuliah agar boleh tanya beliau bertubi-tubi soalan setiap 5 saat.

inilah akibatnya terlalu bergantung kepada guru muda masa SPM dulu.

p/s; demam yang kadang kala turun naik amat menyeksakan. terima kasih kepada mereka yang prihatin ;)