saya dapat berita baik yang bertimpa-timpa minggu ini. isnin lepas dengan keputusan final yang diluar jangkaan, hari ini pula dengan berita menjadi sebahagian mereka yang cemerlang ekonomi..
terima kasih ALLAH.
mungkin ini salah satu ujian. saya anggap berita ini sebagai ujian yang tersembunyi disebalik nikmat. tapi betul orang kata, kalau kita bersyukur terhadap sesuatu nikmat walaupun terhadap nikmat yang kecil, nescaya ALLAH akan tambah nikmat tersebut.
terima kasih sekali lagi tuhan.
kepada sahabat-sahabat lain, jangan putus asa ok. fadhilah, ain, shahilah, adibah dan beberapa rakan-rakan lain. kamu semua lebih layak dari saya.
teruskan perjuangan