teruja tengok KARA menari. rasa macam nak turut berjoget sama(?) mentang-mentanglah dah sihat walafiat, mulalah lupa diri. SNSD pun best jugak, tapi hanya suka GEE dan OH je, rambang mata tengok 9 anak dara terkinja-kinja. rasa banyak pulak dosa kalau tak butakan diri.
*mukadimah
kelas non design berjalan lancar. sangat suka ABN1. pastinya lebih seronok dan tak tertekan macam AB3 dulu. harap dapat bercakap lebih kerap dalam kelas ENGLISH tanpa rasa segan dan malu berbanding semester 1 dulu.
tahniah kepada hayat dan fizikal yang dapat 4flat dan result yang baik. ALAM BINA tak dapat pun lagi result. dah malas nak berharap, nak keluar ke tak nak keluar ke lantak merekalah cuma sangat-sangat berharap kejadian yang sama tak berlaku pada elaun.
cuma azam semester ini untuk jadi lebih rajin terbengkalai. kemalasan semakin terserlah. cuma non design telah menjadikan hidup tak bertambah teruk..
terima kasih ALLAH...