malam tadi buat marathon boys over flower di bilik FK tanpa henti sampai pukul 9.00 pagi.
jam 9.01 pagi;
berhenti.
balik bilik.
mandi.
turun sarapan dan
terus melangkah penuh yakin bersama FK dan dila ke jalan TAR.
oh jangan risau, saya memang hebat bab-bab tak tidur sebab melagha.
hasil jalan-jalan sangatlah berbaloi. dapat cari apa yang dicari. kredit untuk 2 sahabat non design yang turut berjaya dapatkan baju untuk MALAM EMAS. cuma FADHILAH hampir-hampir terbabas ke butik pengantin namun sempat ditarik kembali ke pangkal jalan oleh 2 rakan beliau.
"oi DILA, hang nak beli baju MALAM EMAS kah baju MALAM BERINAI?"
dan macam biasa beliau pun tarik muka ketua comel beliau.
pungpangpungpang dah jam 1700. balik dengan lesu dan mata panda. dalam kepala dah nampak katil c726, tapi lebih kurang jam 1800, terima pesanan ringkas dari TUAN SIFU.
"beta mahu mencemar duli ke UM, jom bersantap.."(ayat diubah mengikut kesusuaian umum.)
wah macam hebat je dapat makan malam bersama TUAN SIFU berikutan lawatan esklusif beliau ke UM. beliau menitahkan supaya membawa pengiring bersama semasa bersantap. apa lagi FADHILAH jadi pengiring berbayar.
tapi ingatkan best sangat dapat makan dengan TUAN SIFU, rupanya ada udang di sebalik batu. ceh, kena belanja si mangkuk ayun tu pula. tambah sekali tomyam FADHILAH (upah mengiring), tomyam saya dan nasi goreng black paper TUAN SIFU KEDEKUT.
bertuah betul hang dapat anak murid macam ni.
sambil-sambil makan, sambil-sambil bergosip. TUAN SIFU dah banyak berubah.
cuma rasanya beliau dah tak selancang dulu, itu jelah perubahan yang baik.
yang lain-lain:
"AISYAM always be AISYAM..."