macam biasa, malam-malam terakhir di klang. lepas ini rutin ke kuliah dan tutorial berjalan seperti selalu. nikmat hibernasi tak kira jam akan hilang untuk 8 minggu. saya privasikan ruang lingkup atas sebab-sebab tertentu. lepas ini boleh tidur lena tanpa memikirkan ada pengintip-pengintip bertauliah mengendap.
2 bulan kali ini kena usaha keras sikit. seminggu di rumah dah puas tidur dan online jadi baki 8 minggu di kolej perlu banyakkan membaca, berfikir dan berzikir. ada misi dan visi lama nak khatamkan Quran sempena 1 tahun di sekolah asasi. masih ada lagi berbaki 8 juz untuk 2 bulan.
alkisah beberapa hari yang lalu, tengok ADIK & QURAN di tv9. itupun selepas berebut dengat PN ITA. akhirnya mengalah. keluar ustaz hassan beritahu mengenai golongan yang boleh memberi syafaat di akhirat nanti. beliau sebutkan antaranya ialah ahli tahfiz. terus PN ITA keluarkan penyataan;
'nanti nak kahwin cari suami yang hafal Quran'
*blupp..
malam sabtu ada rancangan akademi Quran. PN ITA sangat bersemangat. beliau cerita pasal ABDULLAH FAHMI juara musim pertama. saya pun sebut;
'dia dah kahwin dah ma, isteri dia cantik pakai purdah, blablabla...'
PN ITA terkesima. lepas itu beliau cerita pasal anak imam surau yang masuk AQ 5 pula.
'nasir tu bagus, suara dia sedap blablabla...'
*aik lain macam je ni..
saya masih banyak khilaf sana sini. harapan PN ITA tinggi sangat. tapi harap itu satu doa juga. kalau dapat jodoh macam itu memang sujud syukur. saya sedang cuba jaga hubungan dengan DIA. dan selepas itu pastinya DIA akan jaga hubungan dengan hamba-hambaNYA yang lain.