minggu mood bercelaru haru biru.
semua benda menyebabkan hati memberontak. itu dan ini sentiasa ada yang tak kena dimana-mana.
setiap perkara kecil jadi besar bila mood angin lintang dah datang.
FIRDAUS mencabar kewibawaan kanak-kanak saya bila beliau melambat-lambatkan penghantaran laptop. hasilnya assignment pengurusan terkandas disaat orang lain semua dah siap.
hati menyumpah-nyumpah.
assignment akaun lagi buat jiwa bertambah tekanan. kebebalan memang dah tak dapat disangkal dalam mencerna maklumat perakaunan.
bukan salah adibah mahupun ain ataupun fadhilah hatta orang lain sekalipun.
semuanya salah diri sendiri.
dasar bebal.
bukan,
bukan sebab bebal, tapi sebab masalah jiwa sendiri.
ya. saya ada masalah jiwa.
masalah akaun hanya sandaran.
masalah membenci diri sendiri sedang membarah.
cubaan untuk membenci diri sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
usaha yang diletakkan tak cukup hebat untuk melawan minda bawah sedar yang sedang memberontak.
minta maaf TUHANKU ALLAH,
minta maaf puan ita.
minta maaf dunia.
saya ada masalah jiwa ke?
maaf kawan-kawan di atas sikap yang sangat menjengkelkan sejak kebelakangan ini.
bulan jatuh minggu ini menambahkan lagi kecelaruan.
ada mulut yang perlu dilastik kerana mengeluarkan kata-kata kesat tanpa henti.
YA. beliau ada masalah jiwa.