20110424

bertunang



geng sepupu sepapat yang dalam lingkungan umur semuanya dah berpakat dirisik, bertunang, bercinta sakan sana sini.
bukan setakat sepupu, anak-anak buah pun dah lebih expert dari makcik mereka yang dah ketinggalan zaman (tuju;saya)


tadi anak Mak Yan yang lahir tahun 1988 dah diikat orang.
tema baju, merah menyala-nyala bersilau-silau.
agak-agaknya kalau bulan jatuh melekat kat baju pun boleh tak perasan sebab sama merah dengan baju. (tuju; jeles)


majlis pertunangan kak Yatie berjaya buat Shafizah rasa pengalaman jadi anak dara sebenar.
barulah terkedek-kedek belajar menyiang sayur-mayur, 
meracik apa-apa yang patut,
mengisar berbotol-bot0l bawang sampai nangis-nangis (pedih mata), 
mengisar cili dan pada masa yang sama begitu bodoh pergi kacau cili kisar dengan jari. 
sudahnya tak duduk diam bila tangan mula terbakar dari dalam.


buat kerja sikit saja pun, itu pun nak kecoh.


tapi paling seronok, sesi bergosip dengan makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu yang dah kahwin.
seronok sebenarnya lepak dengan generasi 'baby boomer' dan generasi X.
sambil-sambil tambah dosa bergosip, sambil-sambil tambah ilmu.
inilah beza bergosip dengan orang tua dan bergosip dengan kawan-kawan.
dengan kawan-kawan, bergosip dapat dosa tapi ilmu tak semestinya dapat.


kesimpulannya, 
kalau nak bergosip, carilah makcik-makcik, nenek-nenek.(sarkastik; sila ikut)


bukan ini topik utama sebenarnya.
entri kali ini nak beritahu yang pada 23 mei 2011 tadi
ASHRAF MUSLIM DAH BERTUNANG (tuju; sila frust)


dengan wanita solehah.
dan beliau pun cenderung kepada sesuatu yang soleh sekarang.
percayalah, susah nak cari pelakon lelaki muda dari generasi Y yang dah biasa hidup dengan hiburan boleh berubah sampai macam itu.


saya lahir tahun 1994. (baca; tipu)
tak kisahlah kalau saya dirisik lambat pun,
calon pun tak perlu sekacak, setinggi mahupun terkenal macam ASHRAF MUSLIM.
asalkan dapat jadi macam tunang beliau yang dipetik oleh lelaki yang soleh dan baik.