20110419

marathon



sedang melalui saat riang ria cuti sekolah 5 bulan di klang.
ada 4 misi besar yang perlu diselesaikan.
harap cik lappy boleh bantu laksanakan misi marathon dengan jaya.


snow queen.
orthros no inu.
love revolution.
sungkyunkwan scandal.


buat masa sekarang misi pertama dah selesai.
misi kedua dalam proses.
buat mereka yang anti drama manusia mata sepet, entri ini mungkin meloyakan.
jadi sila tutup kalau tak mahu baca.


kenapa bukan cerita melayu?
cerita melayu taklah sucks sangat.
ok tipu. memang teruk kadang-kadang (selalu)
bila tengok drama melayu tiba-tiba dengar muzik drama korea.
cubalah belajar buat muzik sendiri, sampai bila nak maju kalau 'copy and paste' hak orang.
lagi satu,
dialog drama melayu buat bulu roma meremang.
contoh;


hero         ; saye suke la bau badan awak
heroin      ; eh, mane ader, awak ni nakal la. huhuh (sambil tersipu-sipu)


ok ini dialog PASANGAN KEKASIH BELUM KAHWIN dalam satu drama melayu.
siapa tak meremang bulu roma, baik pergi cuci hati jangan bagi bertambah hitam.


tercemar ruang lingkup dengan bahasa pasar 'saye' 'mane' 'suke'.
kan elok kalau sebut elok-elok.


permaisuri salji yang menyedihkan.
kesunyian dan akhirnya mati.
sekurang-kurangnya diolog drama makhluk mata sepet taklah sucks sangat.