20110428

mimpi 3

pihak yang terlibat; 
saya, watak A, kawan-kawan, bas 2 tingkat, sungai tepi jalan.


kami pelajar baru ada lawatan mandi-manda di sebuah lokasi yang layaklah dipanggil sungai.(mungkin).
bas yang disewa agak unik, bukan sebab bertingkat dua tapi sebab dia ada tingkap yang sangat besar di bahagian belakang.
senang cerita bas tersebut tak ada penutup kat belakang.
nak jadikan cerita, saya kena duduk kerusi belakang, tingkat kedua bas atas sebab-sebab tertentu.
cuba bayangkan bas yang sangat laju, tambah berada di tingkat 2, tambah kondisi bas yang tak ada penutup. 


dan saya berada di situ. hampir muntah.


watak A nampak saya, dan mungkin beliau kesian. jadi beliau cuba merasai apa yang saya rasa iaitu berada di kondisi sama seperti saya berada. tapi beliau berada di tingkat bawah, di tempat yang sama cuma berlawanan tempat duduk dengan saya. 
(ok, memang macam bajet korea sikit)


saya tak nampak watak A, 
watak A tak nampak saya.


kami satu bas sampai, mandi-manda, rupanya sungai itu kat tepi jalan.
ini lawatan ke? (sarkastik)


saya nampak watak A,
watak A nampak saya.


ciss rupa-rupanya mimpi lagi.


mesti kamu-kamu semua tak faham apa yang saya tulis, kan?