sebenarnya, banyak entri yang tercicir untuk 2 minggu ni.
semuanya disebabkan faktor-faktor sampingan;
1) ada lappy, tapi tak ada masa.
2) ada masa, tapi tak ada lappy.
3) ada lappy dan ada masa, tapi tak ada internet (*%$#$)
4) ada lappy, ada masa, ada internet, tapi tak ada mood.
minggu kedua exam memang agak lintang pukang.
lebih-lebih lagi untuk subjek perundangan dan akaun.
subjek akhir akaun memang rasa macam nak guling-guling, tonggeng-tonggeng, golek-golek.
habislah pointer nanti kalau result akaun dapat teruk.
untuk hiburkan hati, kami buat movie marathon malam tu sambil buat jamuan gelap dengan sandwich dan sosej rebus sebagai menu utama.
terbaiklah geng!
sekolah asasi pun dah habis dah sehari.
perasaan?
taklah seseronok yang disangka.
lepas ni masuk degree dah.
dan semestinya lebis susah dari asas ni kan.
penuh dengan assingment.
lagipun
5 bulan lagi tak semestinya dapat satu kolej dengan kawan-kawan.
dah tak boleh meronggeng di c909 macam selalu.
aktiviti jalan-jalan melawat ain. fk, yuyu, dila .
haish kenapalah sentimental pulak kan.
selama duduk sekolah asasi ni dulu tak pernah terfikir pun macam tu.
yelah, alam bina pusing-pusing macam mana pun jumpa muka yang sama jugak 5 bulan nanti.
tapi lepas tu baru tersedar. walaupun jumpa balik tapi mesti takkan sama macam kat sini.
fakulti alam bina pun tak sehebat ambang jepun yang berselirat dan sekolah asasi yang buruk.
bakal rindu aktiviti setiap tengahari isnin di sekolah asasi.
jalan-jalan di makmal kimia budak-budak hayat.
mengintai APIDS buat kelas pengajian islam di bt7.
buat tutorial math ataupun fizik di bilik kuliah kecil.
jalan-jalan sekitar sekolah asasi sambil dengar lagu korea.
solat di ambang jepun dan surau belakang bukit kecil.
memorable..
shafizah memang suka main sorang-sorang.
sebab itu dia tahu banyak tempat rahsia.