tanpa sedar, benda yang sepatutnya jadi memori paling manis dan sepatutnya ditempatkan sebagai memori paling hebat cuba diketepikan.
kenapa cuba lari?
cuba asingkan diri?
cuba untuk tidak ambil kisah tentang rakan-rakan sekolah yang dah ditinggalkan hampir setahun lebih?
ini blog emosi ke?
tapi kenapa kawan saya kata begitu?
mungkinkah sebab fizikal blog yang agak ringkas?
rasanya bukan sebab itu.
atau mungkinkah sebab warna biru yang didefinisikan sebagai warna orang sunyi?
mungkin.
ataupun mungkin sebab gaya penulisan yang kononya tiada humor?
mungkin juga.
tapi menurut beliau, itu disebabkan header picture.
ooo tak sangka pula itu yang emo.
jujur,
rasa rindu pada setiap yang ditinggalkan.
tapi patah balik untuk kononnya mengenangkan memori-memori sekolah mungkin saya tak akan buat sekarang.
biarlah waktu untuk mengenang terjadi sepuluh tahun akan datang atau waktu lebih dari itu.
tapi untuk masa ini, lebih suka menyendiri,
mengasingkan diri.
lagipun saya kurang penting.
apa sangat topik perbualan yang boleh diungkit ataupun dicelah waktu orang lain sibuk berbual itu ini.
tak ada apa dari saya. dan bukan tak nak datang ke majlis, cuma tak mahu tak diendahkan.
dan rasa tak diendahkan, rasa terpencil, rasa tak wujud takkan datang kalau saya tak hadir.
lagipun perjalanan naik bas selama 5 jam cukup lama untuk datang ke satu tempat yang akhirnya tak ada orang perasan pun adanya saya.
dah pernah rasa perasaan tu waktu ambil keputusan spm.
musfirah, alifah dan aisyam tak datang. kalau mereka ada, mungkin akan berkira-kira untuk datang juga.
rindunya pada kak long, sarjana, dan beberapa orang lagi yang mungkin akan bercakap sepatah dua kalau keputusan untuk hadir dibuat.