nota untuk diri yang pelupa.
ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya; "wahai ayahku! sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; aku lihat semuanya sujud kepadaku.'
yusuf ayat 4.
dan (ingatkah kisah) Zakaria, tatkala dia berdoa kepada Tuhannya; " ya Tuhanku! janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah ahli waris yang terbaik."
anbiya ayat 89.
iaitu " letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai (Nil), maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Firaun) musuhKu dan musuhnya." dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih-sayang yang datang daripadaKu; dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu.
taha ayat 39.
amalkan,
semoga dapat jodoh yang baik.
bagus juga bila dapat tengok semanis kurma musim-musim cuti sekolah macam ini.
selain itu,
jemputlah baca buku ini;
bagus untuk hati-hati yang penuh cinta.
selain itu;
mari boikot barangan bangsa yang terlalu dabik dada tinggi dan buat bangsa lain macam anjing dipijak-pijak.
ok.
kesedaran datang agak lambat.
tapi tak terlalu lambat selagi tak mati bukan.
budak ini comel kan?
takkan kamu, kamu dan kamu nak budak comel ini tuntut hak dia dari kita kat akhirat nanti sebab kita dah sumbangkan duit pada yahudi untuk beli peluru bunuh mereka dan rampas bumi palestin.
waw.
malam ini penuh keinsafan.