20110507

secawan milo

jam 1400, dengan tahi mata terpisat-pisat melangkah ke bilik mandi.
sungguh,
waktu cuti-cuti macam ini kalau bangun awal dan tak tidur lepas subuh pun rasa macam kebejatan jiwa. ditambah malam tadi bersengkang mata dengan hikayat rayyan sampai jam 0530.
sarapan merangkap makan tengahari kali ini hanya secawan milo yang pekat dan likat.

kacau milo, kacau milo.

perhati puan ita sedang mengaji di meja makan.
perhati encik yusop sudah selesai beri 'anak-anak' angkat makan tengahari.
perhati cawan yang dah tinggal setengah airnya

fuh hebat.

4 sudu besar serbuk milo,
1/2 sudu kecil nescafe,
1/2 sudu besar gula,
air panas setengah cawan.
ais secukup rasa sampai air milo naik penuh 1 cawan.

ramuan khas untuk hasilkan secawan milo yang meletup dan boleh tampung perut dari tak makan nasi beberapa hari.
oh ya, sesuai untuk mereka yang ingin berdiet mahupun buat penambah tenaga selepas mop lantai rumah sepanjang musim cuti.

malam ini giliran si 'mandatori' untuk dihabis hikayatkan.


ok, dah sampai masa mop lantai dapur.