kursus memandu tadi berjalan dengan baik. kereta kancil bawa 5 manusia termasuk pemandu.
dan saya seorang perempuan,
1)seorang lelaki kurus,
2)seorang lelaki sederhana kurus, dan
3)seorang lelaki yang boleh dikategori muatan berat.
mula-mula pada asal sebelum jemput lelaki yang ketiga, saya duduk belakang dengan lelaki ke(2).
lelaki (1) duduk depan sebelah sisi pemandu. tapi bila dah sampai tempat lelaki yang ke(3), sedang kami tunggu beliau bangun tidur, lelaki (1) keluar dan suruh saya tukar tempat duduk dengan beliau.
yup, inilah sebaik-baik tindakan.
saya bukan puji dia disebabkan dia kurus dan kacak. tapi itu memang tindakan yang sepatutnya.
dia tinggalkan ruang seorang yang selesa dihadapan dan duduk dibelakang walaupun dia tahu dia akan bersesak kerana kancil yang kecil itu akan disumbatkan dengan 3 orang lelaki. dia tahu orang perempuan mesti tak selesa duduk berhimpit-himpit dalam kancil yang kecil dengan 2 orang lelaki yang lain. jadi biar dia yang berhimpit asalkan yang perempuan selesa.
terima kasih kerana menghormati wanita, walaupun saya ni masih layak dikategori kanak-kanak.
itulah, siapa kata hanya lelaki korea saja yang pandai romantik kan.