hati berdebar-debar nak tulis entri malam ini.
ada rasa yang mahu dikongsi.
terima kasih pada nami yang tak pernah dikenali dan teh tarik gelas besar beliau.
dari situ saya tahu skizofrenia.
tolonglah dunia. mereka tak gila.
manusia memang tak adil dalam menilai. mereka yang dipencilkan pula kadangkala terlalu rapuh iman. saya tahu, bukan salah mereka, cuma kehadiran syaitan yang ikut sama mengalir dalam salur darah manusia akan sentiasa cuba yakinkan bahawa apa yang terjadi itu semua salah Tuhan.
ditambah lagi barah individualisma yang semakin ditekan.
skizofrenia menurut dewan pustaka bahasa ialah sejenis penyakit yang disebabkan kecelaruan minda dan halusinasi. sejenis penyakit yang dikaitkan dengan gangguan mental. si pelaku mempunyai dua perwatakan dimana identiti utama akan sering diganggu oleh suara-suara dan figura dari identiti kedua. kebiasaannya si pesakit dari latar belakang keluarga yang kurang kasih sayang. ada juga yang kata penyakit ini diwarisi dan tak kurang juga ada yang buat dakwaan superstitious yang menyatakan penyakit ini ada kaitan dengan saka.
gelaran penyakit 'gila' agak memeritkan. tapi itulah yang masyarakat kita selalu gelar. gangguan psikologi bagi mereka bukan sesuatu berita yang baik.
takut.
takut kalau jadi macam itu. cerita nami tentang 'jack'nya betul-betul buat saya berfikir. maklumlah, dilahirkan dalam keluarga kecil dan hanya ditemani abang yang tak sekepala membuatkan saya lebih menyendiri. dan shafizah sebagai imaginasi.
kamu tak perlu takut, saya bukan si gila sebab pesakit skizofrenia sendiri tak dipanggil orang gila. macam yang saya baca dari internet, pesakit macam ini perlukan kasih sayang. tumpuan terhadap mengejar kasih sayang manusia yang sementara hanya akan membuatkan mereka menyalahkan Tuhan. sebab apabila cinta dari manusia dah mati, dia akan menyalahkan Tuhan kerana merampas cinta dan bahagia yang pernah ada.
dan pada waktu itu, syaitanlah makhluk yang akan tersenyum lebar sebab berjaya buat manusia mempersoalkan keadilah ALLAH.
cerita pasal nami dan jack betul-betul buat minda diperah-perah. macam baca karya Ramlee Awang Murshid yang bertajuk RAHSIA PERINDU dan MANDATORI. 2 buku ini menggunakan pendekatan yang sama, masalah psikologi dan halusinasi. dan betul-betu macam cerita nami dan jack. cuma watak utamanya lebih dasyat sebab identiti kedua sampai jadi pembunuh bersiri. dan juga macam cerita SHUTTER ISLAND dan cerita tyler durden.
patut tengok untuk lebih tahu dilema pesakit skizofrenia ini sebenarnya.
mungkin ada yang akan kata 'buat apa nak ambil tahu? aku bukannya gila!'
siapa tahu, dalam budaya hidup yang makin meminggirkan Tuhan dan sikap individualisma yang semakin jadi barah, kita patutnya ambil tahu. sebab kita tak tahu, mungkin ini ujian untuk kita satu hari nanti.
dunia ini banyak fantasi sehinggakan kita boleh keliru dengan realiti.