dulu kat muka buka dah hangat tentang mereka yang berciuman di tepi jalan kerana klcc. sekarang ni giliran budak 14 tahun buat pengakuan dah tak ada dara.
lepas ni apa lagi ya?
cerita tentang 'dara' adinda evans ni memang tengah hangat-hangat tahi ayam sekarang. dengar kata harian metro dah cuba call budak ni. pagi tadi dah keluar bercetak jadi sejarah bertulis. alah, macam tahi ayam, hangatnya cuma sekejap. tak lama lepas tu gerenti dah tak bunyi. sama macam kes klcc lepas, tak ada orang nak ambil iktibar.
tak tahu cerita? tak apa jangan risau, suruh saja pakcik google carikan. pasti jumpa. dan saya tak berminat nak buat apa-apa entri pasal si evans. (err, macam dah terbuat je) oh, dia bukan adik juliana evans, alah yang berlakon KAMI the movie.
macam yang ditaip; tak ada orang nak ambil iktibar. semuanya sekadar cerita sensasi. tengoklah, tahun depan (paling lama) pasti ada cerita yang lebih kurang sama. tapi rasanya dalam versi lain yang mungkin lebih kontroversi.
p/s; ambil iktibar. saya berkira-kira nak bermigrasi ke arab bila dah kahwin dan dah beranak. sekurang-kurangnya arab dah buat revolusi. malaysia?