ada satu planet di luar bima sakti yang saiznya tak kecil tak besar macam bulan. dan atas planet itu ada hidupan yang kotor lagi jijik berkepala 3. kepala paling kiri ada 3 mata bersusun seperti piramid. kepala yang tengah ada mulut jongos berlidah panjang. kepala yang terakhir ada lubang-lubang kecil sebanyak 5 lubang yang berfungsi sebagai telinga.
ya, mereka jijik. mereka makan najis yang dihasilkan oleh makhluk lain yang serupa mereka. semakin banyak najis, semakin mereka berkuasa. lalu yang ketua sanggup seksa dan paksa hamba-hambanya untuk hasilkan najis yang banyak agar dia boleh makan kesemuanya dan terus berkuasa.
tapi mereka tak mahu makan najis sendiri kerana bagi mereka itu sangat menjijikan.
jadi, sewaktu sedang meratah najis-najis yang ada. anak si ketua berjalan kearah ayahnya lalu bertanya;
anak; ayah, tidakkah kau jijik dengan najis-najis ini. kenapa kita harus makan benda yang kotor?
ayah; haha anakku. aku lakukan untuk kuasa. malah satu hari nanti kau juga akan lakukannya bila kau dewasa.
anak; tapi tidakkah ianya menjijikkan.
ayah; haha anakku, jika kau mahu tahu, ada lagi makhluk yang makan makanan yang lebih menjijikkan untuk berkuasa. kau tahu?
anak; siapa ayah? aku tak tahu. apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada kita?
ayah; aku tak tahu namanya. yang aku tahu mereka tinggal di bumi, berkepala satu, bermata dan telinga dua. apa yang sama dengan kita ialah mereka bermulut satu tapi makan makanan yang lebih jijk agar terus berkuasa. jika kita makan najis bangsa sendiri, mereka lebih rela makan daging saudara sendiri. semuanya kerana kuasa. tidakkah itu lebih menjijikkan?