20110609

melayu?


malu.

rasa macam nak menyorok muka yang ada hidung penyek, bulu mata pendek dan kulit sawo matang milik orang melayu dalam periuk tanah bila terjumpa orang-orang bukan melayu, khususnya singh yang berhidung mancung dan berbulu mata lentik.
melayu yang selalu dabik dada dan pandang bangsa lain macam anjingan kurap.
melayu yang selalu rasa bangsa terhebat, termulia dan tak boleh dijentik sikit pun.

kata hebat? pintar? hakikatnya lambakan anak-anak melayu dalam universiti disebabkan kuota BUMIPUTRA. kalau tak ada kuota kamu-kamu ingat kita boleh hidup??

lagi satu; tak silap, Yahudi yang ada sikap agungkan bangsa.  bagi yahudi mereka saja hebat, yahudi saja pintar, yahudi saja bangsa yang patut memerintah. sebab itu mereka yahudi tak boleh terima hakikat yang Rasul terakhir lahir daripada bangsa Arab (GTIP). itulah, banyak sangat makan barang yahudi. perangai pun dah macam bangsa yang dilakhnat Tuhan. ya! bangsa Yahudi dilakhnat Tuhan, difirman ALLAH dalam al-Quran. bangsa melayu ada hajat nak masuk list ke?

rasanya propaganda 1 Malaysia yang najib nak tunjuk tak menjadi. nantilah saya masuk pertandingan 'tulis surat untuk PM' dan suruh beliau tukar slogan kepada 1 MELAYU.



kata bangsa lain mabuk, apa ingat MELAYU tak suruh setan kencing dalam mulut.
kata bangsa lain buat maksiat, apa ingat MELAYU semua suci teruna dara sebelum akad.
sekurang-kurangnya mereka yang bukan melayu tak adalah pergi jumpa bomoh suruh santau bangsa sendiri bila datang rasa dengki.

sedar tak sedar kita rupanya penghina kepada agama ALLAH.




err ini bukan tulisan berbentuk emosi yang boleh mengancam keselamatan dalan negara bukan?
katalah jangan. saya tak nak kena tahan I.S.A.