20110624

pro dan kontra

tadi 2 orang pekerja esso menjerit-jerit suka ria di kaunter macam orang gila. habis bertabur keping-keping rm50 atas lantai lepas dijadikan modal bergurau. tapi akhirnya 2 saat selepas itu masing-masing mula makan hati antara satu sama lain. yang 1 rasa dirinya dihina. yang 2 rasa dirinya dikurang ajarkan. yang 3 (saya) hanya duduk tercongok atas bangku tinggi sambil tonton drama tak rasmi malam ini. sambil-sambil bersandar pada almari rokok dan tarik nafas lega bersyukur dengan suasana yang tiba-tiba kembali sunyi.

'fuhh aman damai akhirnya'

tapi rupa-rupanya ada pro dan kontra juga bila suasana senyap sunyi. pro apabila boleh bekerja dengan aman tanpa diiringi hilai tawa mereka-mereka. kontra apabila waktu closing saya yang kena jadi orang tengah ambil resit, kalkulator, duit, pen, cecair pemadam blablablabla dan pada masa yang sama kelam kabut kira duit drawer sendiri. semuanya disebabkan yang 2 lagi tak mahu bertegur sapa bersua mata.

pergaduhan budak-budak tak matang pemikiran.

dan hasil kelam kabut waktu tutup kaunter tadi membawa kepada short sebanyak rm4.20. errr, nak mencarut sekejap boleh tak?

*%@$$^%^*&$#@!^!??^#*?#%$@!!!