kehilangan ayat. selepas terlalu lama berehat dari menaip, tiba-tiba otak terus berkarat dan mereput. bukan tak nak menulis, tapi kelajuan internet tahap kura-kura telah menyebabkan tidur itu lebih baik dari bersosial alam maya.
jadi buat masa sekarang aktiviti yang paling menjadi kegemaran ialah berjogging di sekitar bukit cinta. dengan harapan agar bertemu bakal suami soleh yang mungkin belajar di akademi pengajian islam (??). kebetulan akademi pengajian islam dekat dengan bukit cinta. ok, berangan.
masa berjalan. manusia yang sedang membesar di sekeliling seperti tak berubah. hidup makin susah. makanan makin mahal. ilmu setiap jam pun kena bayar. naik bas universiti ke kelas pun dah tak percuma. tapi saya berubah. menjadi seorang yang semakin serius. tanpa humor ataupun senyuman. jadi kalau tiba-tiba tersenyum pada sesiapa, itu mungkin satu petanda yang.. hmm, luar biasa mungkin.
dan sebenarnya hampir sejam entri ini cuba disiapkan. tapi masih tak ada sebarang petanda idea akan datang. ok, mengaku kalah. rasanya hari ni ditakdirkan untuk baca nota Pengukuran dan bukannya bersuka ria online.