20120121

bab 2 dan part 2


langit keruh, dan aku mulai terpengaruh. 


bunyi bot dari jauh. seperti katanya dia datang dari Edang Epala. berasal tulen dari sana. Edang Epala! pasti saja aku tertarik kerana aku kagumi legenda di rantau Borneo! dan seperti setiap pendatang dia merasa kurang berakar dan dicabar bahaya. lain perasaannya ketika di Endang Epala. pendatang menuntut kekayaan, mencari keselamatan, mengejar masa depan, Milyukadar pernah berkata. malah Milyukadar kemudiannya menambah: Endang Epala?


bot semakin dekat. aku tidak tahu mengapa aku perlu memikirkan - atau mengenangkan - wanita itu pada saat-saat begini. hujan merintik dan bot sibuk sekali dua. sebenarnya aku ada kecenderungan lain. semacam kekacauan. bukan soal pendatang; soal pemergi! aku menutup mata, terdengar deruman kapal terbang pula. dan serentak, aku semakin tidak tahu mengapa aku memikirkan soal pemergi, bukan pendatang. kerunsingan ini datang dan pergi, terkadang hampir selari dengan gangguan wanita dari Edang Epala itu. aku semakin terdengar deruman kapal terbang. lagu kebimbangan? aku sebenarnya bukan di dalam kapal terbang itu. barangkali langit keruh, aku terpengaruh! wanita dari Edang Epala dan pemergi itu juga tiada di situ.


bot sibuk sekali dua lagi.


ini bukan dari saya. dan ini satu cerita cinta. dan ini permulaan baru. dan ini bab kedua. 'cinta mempunyai wajah dan hati yang aneh, diyakini tidak berkasta, tidak berbangsa' ~catatan A.S.S