hajatnya lepas exam, nak ke perpustakaan utama untuk pinjam buku HAMKA 'di bawah lindungan Kaabah'. sambil-sambil tonton filemnya yang saya dah muat turun kemarin.
tapi biasalah manusia (saya), bila dah terapung-apung dalam mood cuti mulalah semua yang dirancang pun hilang. perpustakaan utama Universiti Malaya tiba-tiba nampak jauh berbatu-batu dan KLCC nampak dekat tiba-tiba (???)
dan lepas penat berjimba dengan AINA HANI dari Pavillion sampai ke Pulapol, saya tiba-tiba insaf. jadi, sebelum balik kolej kediaman, saya singgah MPH lembah tengah untuk cari kalau-kalau buku Prof Dr HAMKA ada dijual. kononnya nak beli sendiri sebab bajet kalau pinjam perpustakaan feel membacanya kurang (yelah tu). tapi rupanya tak ada dalam stok. biasalah buku lama, susah nak cari.
kemudian jenguk rak bacaan melayu, banyak buku-buku baru. lagi-lagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. buku puisi ISA KAMARI paling buat rambang mata. 3 koleksi; Cinta Arafah, Kaabah dan Lorong Wahyu. setiap 1 koleksi rm25 ok. tiba-tiba rasa menyesal keluar duit berjimba tengok wayang.
bila seluk beg duit ada sekeping duit merah, 7 keping selebihnya duit seringgit. ingatkan tak jadi beli apa-apa buku. tapi tiba-tiba ALLAH tunjukkan buku Cinta Fansuri depan mata saya.
perghh, buku ini pak samad yang tulis dan sekarang tinggal 1 jilid atas rak dan ianya betul-betul depan mata. depan mata. depan mata. depan mata. ceh, setakat ulang taip ayat yang sama banyak kali tak guna kalau tak ada tindakan kan.
dan akhirnya saya keluar MPH dengan beg duit yang berbaki 2 keping duit seringgit. tekad betul. yang pasti buku ini memerlukan komitmen yang tinggi untuk baca. 178 helai, 178 perahan otak. pak samad tahu, dia mahu ajar orang melayu berhenti makan suap.
p/s; jangan ingat budak sastera je yang sanggup baca buku pak samad. tengok kakilah.