hidayah milik ALLAH, pada sesiapa hidayah mahu ditujukan itu hakNYA. siapa tahu kalau imam besar boleh bertukar jantina esok lusa, siapa tahu kalau pelacur boleh bertukar jadi wanita suci satu hari nanti.
tiada siapa tahu.
jadi apa yang perlu kita buat bila hidayah sampai depan mata? pastinya kita harus cepat sedar dan gapai hadiah yang tuhan bagi pada kita tapi tak pada semua orang. dan bagi yang dah dapat hidayah perlu buat apa? pastinya kena selalu sujud doa rayu pada tuhan agar hidayah yang bukan milik kita itu tak akan ditarik tanpa kita sedar sebelum mati.
ya RABB.
ini salah satu ujian buat izu, dia pernah berada di jalan yang betul malah peranan dia sendiri waktu itu sebagai daei yang menarik manusia lain ke jalan tuhan. tapi sekarang, tuhan turunkan sedikit ujian. ALLAH balikkan jalan hidup izu untuk manusia lain ambil ikhtibar. mungkin ini salah satu tanda yang saya terima dari tuhan.
ALLAH dah bagi tanda, takkan perlu terus buat tak tahu. benda ini bukan datang selalu. mungkin sekali seumur hidup. arrahman arrahim pimpim hati-hati rapuh ini.
jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda,
ada perangkap menunggu masa.