tah apa yang digopoh-gapahkan, dikelam-kabutkan.
tangga bas B yang sepatutnya jadi tempat dipijak akhirnya makan kaki sendiri. berdesing tulang keting kaki kanan. tahu-tahu sampai dewan kuliah 2 kaki dah membusut, berdarah sampai ke stokin.
hisyh. malam ni sepatutnya bersama gayongan di kolej 3, sudah janji dengan si aisyah-yang-cantik. ah mungkin jumaat lepas saya buat dosa, dosa jumaat dibalas jumaat.
p/s; oh yela minggu lepas saya terlepas carut pada 'goku'. maaf goku, memang terbukti kamu berdaulat lagi popular ditambah dengan mulia (?)