20120624

jodoh?

kisah 3.

manusia A berjalan malas-malas menaiki bas. kakinya memilih untuk ke kerusi paling kiri kedua dari belakang. kepalanya bersandar pada cermin bas. telinga berdentum dengan lagu dari pemain muzik 3. lagu jiwang tanah seberang bertajuk rama-rama.

hari yang malas.

berhenti di lampu trafik. satu motosikal berhenti di sebelah kiri bas membelakangi pandangan manusia A. badan bertulang bahu menonjol itu dia tahu siapa pemiliknya. manusia A pandang dengan rasa kosong, kemudian dia keluh. matanya dialih kearah lain. dan lampu trafik bertukar hijau.

bas berhenti ke tempat kebiasaannya dia memulakan hari. hari ini dan lanjutan 2 minggu lagi disini.

..........

manusia B berjalan seret kaki. turunnya dia di kota berhabuk hari ini bukan kehendaknya. dia tak mahu disini, hari ini. topi keledar penuh disarung, menutupi seluruh muka dan tiada siapa yang akan cam siapa yang menunggang motosikal itu. 

hari yang malas. 

berhenti di lampu trafik. motosikalnya berhenti di sebelah kiri sebuah bas rapid, sedikit kebelakang. dia perbetul cermin sisi kiri motosikal ke dalam. refleksi cermin memantulkan imej dalam bas. bentuk kepala bersandar pada cermin bas yang dia tahu siapa pemiliknya. manusia B pandang imej refleksi dengan rasa kosong, kemudian dia hembus nafas. matanya dialih kearah lain. dan lampu trafik bertukar hijau.

.........