20120618

sekitar waktu lengang

ini adalah tulisan tidak formal tapi jujur;

sebenarnya dari semalam lagi, catatan ditaip, dipadam dan ditaip semula. terlalu banyak yang berlegar-legar sampai tak tahu yang mana patut dikisahkan dulu. macam biasa, inilah dilema selepas habis exam.

bila diputar balik waktu, 3 minggu sebelum ini ialah minggu-minggu paling gila dalam semester kedua. ada adegan mengira, menghafal, menulis, melukis, secara duduk, meniarap, terlentang, mengiring.
dan untuk kekalkan bateri badan pada tahap penuh, beberapa tin supplement (baca; nescafe) telah digunakan. duit waktu ini banyak dikorbankan untuk beli nescafe yang puaka mencekik darah.

antara tin yang dipanggil menjadi saksi

tapi itu cerita yang berdurasi 3 minggu lalu. tamat paper akhir adalah waktu paling klimaks. seakan bunga-bunga sakura warna hati dari langit gugur depan dewan dua (aicehh). kesimpulannya; 'this is our last day as 1st year students babe!

jadi masa pembalasan dendam berahi bermula. menghabisi petang jumaat di lembah tengah, berjalan, makan, berwayang, bercerita gaya anak-anak lepas sekolah. dan hari sabtu pula berjanji temu dengan cik aina di kotak masa. menghabiskan rm37 bersuka ria di taman tema sampai pening-pening, loya-loya, (muntah-muntah pun boleh;p) naik segala jenis permainan tanpa henti. tak kurang juga naik marry go round dan berangan konon-kononnya dalam cerita korea. 

haih, hari-hari yang begitu mencabar fizikal.(?)

cerita korea 
ok, itu waktu bersuka-ria. sekarang adalah waktu tersepit. tersepit macam mana nak pindahkan semua barang keluar dari kolej 12. inilah saat paling melecehkan. dahlah tiada siapa sudi nak ambil (cehh) jadi terpaksalah bawa balik barang secara berperingkat. pack barang dan unpack kemudian pack semula untuk kem masum 25 haribulan ni.

fuhh masa untuk bercinta kasih dengan masum sebulan. cuak dan berdebar untuk masum pertama saya. bakal melalui hari-hari yang penat, tertekan, air mata dan sorakan, semula.