20120907

penghujung waktu libur

khabar nyata (yakni bukan khabar angin) mengkhabarkan bahawa kami para atlit tak dapat melempias hajat bermain di pusat beli belah. baru nak merasakan debar bermain di kali-persegi yang terbuka disaksikan manusia lalu lalang. mesti lain debarnya kalau nak dibandingkan dengan main dalam tempat tertutup.

tak ada rezeki.

jadi semester baru bakal datang. dihiasi adik-adik junior dan suasana kolej kediaman baru. tak ada azam menggunung mana pun untuk semester terbaru kali ini, cuma berharap untuk kurangkan hibernasi waktu senggang. ya, itu target paling utama.

semoga semester baru makin banyak pengalaman yang boleh dicipta. tak sabar nak menyibukkan diri dengan macam-macam perkara yang menyeronokkan. akan merasai sendiri pengalaman projek integrasi yang didakwa senior sangat tension dan beban. menggerakkan projek besar keluarga gayong bersama mereka dan adik-adik baru (yah ini paling teruja!)

semoga suasana baru mendatangkan semangat baru. yang lebih sederhana dan barakah.

bismillah..