20120925

pilihanraya kampus

malam terakhir sebelum penamaan calon, saya dapat panggilan telefon dari seseorang yang minta saya jadi calon untuk fakulti alam bina. dan saya pun terkejut beruk. (gila kau nanti poster muka kau terpampang kat setiap sudut fakulti!!) kemudian setelah menolak saya pula dipujuk untuk jadi wakil calon. disebabkan masa yang suntuk dan tiada sesiapa lagi yang sukarela jadi akhirnya atas nama persahabatan saya pun setuju.

yes! faktor utama saya terjebak dalam politik kampus adalah disebabkan mahu tolong kawan.

secara sambilan, tanggungjawab yang ini saya jadikan satu platfom untuk lebih mematangkan diri dan juga untuk timba pengalaman baru. lebih-lebih lagi saya disebelah pihak yang radikal. jalan yang kami lalui bukanlah jalan yang senang seperti sebelah pihak yang lagi satu. saya sendiri dikecam rasa-rasa negatif; dibuang kolej, dipulau rakan yang tak sealiran, dipandang pemberontak dan sebagainya. tapi rupanya sesuatu yang susah kita lalui itu lebih kita hargai hasilnya.

zon yang saya pilih ialah diluar zon selesa. dan sepanjang 6 hari bersama jentera bermacam warna-warni yang saya dapat. berkongsi rasa dupdap dengan z waktu masuk bilik dekan, berkelahi manifesto terbaik dengan man di markas, dimanja-manja oleh kak Ada bekas MPM yang sangat lembut, berkempen dengan calon-calon di vista. hari-hari yang penuh dengan penyatuan, kerja dan semangat.

kuning atau oren. penggerak atau pro M. sejujurnya saya bukanlah golongan yang terlalu ekstrim. saya sendiri ada sahabat yang menjadi calon untuk pihak yang lain, dan saya sendiri pula jadi wakil calon untuk pihak saya. hak memilih adalah hak masing-masing. sebab itu saya tahan diri dari berkempen pada kawan-kawan sendiri. mereka pasti ada fahaman dan pandangan tersendiri mengenai politik kampus dan saya hormati pendirian masing-masing.

dua-dua warna pun ada
menjadi sebahagian daripada jentera adalah satu pengalaman yang hebat. pengalaman menjadi 'anak tiri' sewaktu berkempen adalah pengalaman yang baru. sesuatu yang tak akan dapat rasa dan jumpa jika hanya duduk melangut dalam bilik.