20120914

surat demi surat

luah zainuddin pada hayati;

'siapakah di antara kita yang kejam, hai perempuan muda? saya kirimkan berpucuk-pucuk surat, meratap, menghinakan diri, memohon dikasihani, sehingga saya, yang bagaimanapun hina dipandang orang, wajib juga menjaga kehormatan diri. tiba-tiba kaubalas saja dengan suatu balasan yang tak tersudu diitik, tak termakan diayam. kau katakan bahawa kau miskin, saya pun miskin, hidup tidak akan beruntung kalau tidak dengan wang. sebab itulah kaupilih hidup yang lebih senang, mentereng, cukup wang. berenang di dalam emas, bersayap wang kertas...'

van der wijck menjadi saksi air mata sesal hayati. setelah nafas akhirnya dihembus disisi pemuda itu, tiada lagi makna hidup buat zainuddin. dan mereka pun melakar penghabisan cinta seperti romeo dan juliet, qaisy dan laila.

kekuatan tenggelamnya-kapal-van-der-wijck pastilah dari susun bahasanya. lembut indah beralun-alun. sayang rasanya bila dah habis baca.