bila selingkuh dibalas selingkuh
manusia mula menutup mata melakukan dosa
sehingga jari tak dapat lagi mengira dosa-dosa yang
semakin bercabang
sehingga manusia merasakan tiada tuhan yang akan
membalas maksiat semalam
dia bisa selingkuh pada suami
dia bisa balas dendam pada isteri yang bunting
anak-anak melihat lalu belajar
jangan terkejut jika masa depan mereka bakal memikul dosa-dosa si tua yang terlalu asyik menjadi tunggangan syaitan.
dosa boleh jadi suatu yang melilit.
umpama dedaun panjat melingkar pokok hutan
dosa boleh jadi sesuatu yang membaluti
umpama roma yang memenuhi badan
sesuatu yang tak dapat kau lupuskan walau cuba
kau bakal rasa dikejar dosa walau kau sujud sampai meleleh
air hidung dan mata
kau bakal rasa dihukum dosa bila kau hampir mati menemu tuhan
kau bakal.
jadilah kau bahan ketawa syaitan
bila maksiat berjaya buatkan kau rasa lebih hebat
bila kau yang suci maksiat pula menghukum si pembuat maksiat sehingga dia berpaling dari tuhannya.
kau bakal diburu dosa pada setiap manik peluh yang menitik kerana ketakutan nanti.
matilah kau dengan rasa-rasa yang tak tersesal.