20121017

semoga Allah merahmati kamu


walaupun secara rasminya kad diskaun siswa 1 malaysia sudah ada dalam saku, saya masih tak boleh beli hadiah yang mahal untuk sesiapa. duit beli hadiah sememangnya memakan sebahagian daripada duit poket. jadi ini sahaja yang saya mampu ye kawan. (baca; senyum)

tapi jangan risau, kalau untuk cik dila yang comel tu nanti saya doakan moga tuhan izinkan dia dapat hadiah mahal daripada saya. walaupun dia sudah pasti dapat hadiah mahal daripada pasangan geli-geli dia.;D

dan untuk lima orang gadis saya yang lain juga. insyaALLAH.

akhir; selamat ulang tahun menangis dalam bilik bersalin yang disambut doktor kacak ke-21 kawan!