20121126

junior midshipman


ini gambar intake 12 pegawai simpanan tentera laut universiti malaya. yang mana sepatutnya saya sekarang adalah sebahagian daripada mereka. tapi biasalah orang tak kuat dihentam psikologi mental memang cepat mengalah. jadi secara rasminya mereka ialah bekas-bekas intake saya. err ke saya yang bekas intake mereka sebenarnya?

tahniah.

dengan bayaran air mata, peluh, sakit-sakit otot, berbakul-bakul makian akhirnya mereka sekarang dah melangkah ke satu fasa yang lain. bukan lagi pegawai kadet, tapi kini pegawai kadet kanan. dah jadi junior midshipman yang boleh buli kadet-kadet berbaju putih berseluar slack. (haha gelak kejam)

ini bukan jalan saya. siapa tahan kalau tiap-tiap minggu datang latihan kena psiko dengan pegawai dalam latihan yang lebih tinggi pangkatnya. tapi mereka hadapi semua itu dengan satu semangat tak mahu kalah dengan sikap mengalah. dari asal 25 pegawai kadet dalam latihan intake 12, kini yang saya dapat khabar berita cuma tinggal 15 sahaja (plus-minus).

saya tak kata keputusan untuk jadi sebahagian intake-12 dulu adalah kesilapan. tak. walaupun hanya sekejap lebih dari banyak yang saya dah dapat; kawan-kawan, kebongokkan sistem seniority, kelas tentera, makian dan yang paling penting- pengalaman. pengalaman yang tak boleh dibeli dan mungkin tak akan berpeluang lagi ditimba pada waktu depan. dan sekarang ini, mereka dengan segak berpakaian bravo dengan lencana nama sendiri tersemat di dada kiri sedang ceria bergambar. tanpa menunjukkan sedikit pun riak pahit yang pernah mereka rasa dulu. tabik!

tapi yang pastinya, keputusan untuk keluar baris adalah keputusan yang tak akan saya sesal sampai bila-bila. ;D

terima kasih kepada mereka yang menyokong keluh kesah, penat lelah, derai air mata waktu kita-kita bersama dahulu. teruskan berjuang para bakal pemegang sandaran leftenan muda.

navy;
sedia berkorban.