20121120

pena untuk gaza

pena aku patah
aku mahu menulis tapi pena aku patah lagi.
patah dipatahkan keras batu hati aku.
kenapa aku laju berimaginasi tentang manis kisah
uda dara
tapi tangan aku kaku untuk bercerita untuk mereka.

pena aku patah
saat mereka pun patah
patah dipatahkan keras hentaman hujan besi berpeledak
saat mereka tiada lain berimaginasi tentang
satu; iaitu kematian.

maafkan aku.

mungkin diakhirat, barisan mereka bakal memakukan
pena-pena tajam ke jantungku.
dengan air mata mereka berhamburan sambil
memandang aku ngilu;

'maafkan kau?'