kebetulan,
tahap kesihatan dengan waktu yang sangat tak sepatutnya merudum. terima kasih buat teman-teman-bawah-langit-bangsar yang sentiasa menyokong. kala macam ini, tak lebih yang aku mahukan selain doa 2 pelengkapku supaya hari esok aku boleh jawab kertas pertama sebaik mungkin.
ah aku selalu bergantung pada 'nasib baik'.
pagi kertas pertama bersamaan hari lahir abah ke 65. sampai saja depan dewan 4 aku terus tekan butang hijau pada nama abah. abah sahut dengan suara serak.
selamat hari lahir abah. hari ini eyah exam.
bercakap sepatah dua dengan abah. aku tahu sebenarnya abah kaget bila aku telefon. mungkin dia berat mahu cakap yang dia sebenarnya masuk hospital, dan dia tak mahu aku risau. tanpa aku sedar mata aku mula panas.
jawab exam elok-elok eyah.
bersaki-bakikan cecair masin yang sudah mencurah, aku telefon mama. mama jawab dengan tergesa.
mama dah doakan eyah, mama baca yassin, mama solat hajat.
aku syak suara mama kedengaran lain. kebiasaan dia akan sibuk beri aku petua-petua jawab periksa. begitu begini. tapi kali ini talian diputuskan cepat. aku tak mahu memikirkan yang mama baru lepas menangis atau apa. semua itu sudah cukup buat aku rasa bersalah. mama terlalu memikirkan aku. dia tetap tak mahu aku tahu kalau-kalau dia terbeban sedih disebabkan tekanan sekeliling. lebih-lebih lagi bila aku di kemuncak exam.
kalau keajaiban itu adalah sesuatu yang tak mustahil, hanya satu yang aku pinta terjadi sekarang; lompatkan hari esok ke hari aku pulang ke rumah. kalau tadi yang aku hanya mahukan adalah doa mama dan abah untuk kertas pertama aku, sekarang yang lebih aku mahu adalah doa para malaikat dan sekian makhluk untuk kesihatan dan kegembiraan dua cintaku.
itu sahaja.
dan aku mahu pulang, secepatnya.