memang lelah jika kita hanya sendiri tanpa ada yang menyokong.
umpama jam tanpa jarum
umpama anak panah tanpa pemacu
umpama pena tanpa dakwat
umpama baju tanpa jahitan
umpama jasad tanpa jiwa
kerana aku tahu itu lelah, jadi aku cuba menyokong kau. memperlihatkan pada kau bahawa dunia sebenarnya tak pernah kasihan pada kita. dunia tak pernah hirau pada mereka yang jatuh. dunia dan sekalian manusia hanya mahu lihat mereka yang utuh, gembira, segak dan berjaya.
dan aku cuba menopang kau dengan kaki satu aku. kaki yang hampir mereput dan berulat.
kini aku dan kau kelelahan, menyokong tubuh masing-masing dengan semangat yang kini berserpih-serpih, ke utara ke selatan, ke timur ke barat.
kita ada untuk sesama sendiri. tapi malangnya, kau dan aku adalah orang yang;
sama.
p/s; kalaulah kalian boleh lihat beban celaru dalam salur darah aku.