dalam diri manusia ada ruang legar masing-masing, ruang yang digunakan untuk istirehat sementara, mahupun sebagai tempat rawat setelah luka.
aku gunakan ruang itu secara sebaiknya. kadang-kadang aku sembunyi dalam ruang yang besar itu. bagusnya tiada siapa yang mampu lihat aku dalam ruang besar kosong. aku jadi halimunan dalam ruangan aku sendiri.
banyak yang aku tonton, lihat dan belajar dari ruang legar aku itu; aku lihat manusia yang kecewa pada cintanya, aku lihat manusia yang berusaha bangkit dari jatuh, teman yang meletak seribu pengharapan pada takdir, teman yang menghiburkan hatinya selepas patah, suami-isteri yang cuba beri yang terbaik dalam hubungan, gadis yang sentiasa mahu menarik perhatian, dan seribu satu cerita lain lagi.
kisah gembira atau suka seringkali berjaya buat aku senyum berabad lama, cuma luka terasa menekan bila aku lihat ada yang berbalah. aku sesal dengan diri aku yang tak mampu buat apa-apa. jadi aku tanamkan begini; setiap manusia lain lekuk cabarannya, lain pahit manis hidupnya. dan begitu juga aku si halimunan.
tak banyak benda hebat yang aku mahu atas dunia ini, cukup ada teman dan kau yang sentiasa memegang hati aku dengan gengaman semangat. dan kadangkala membacakan simpulan ayat-ayat atau puisi-puisi indah, yang kemudiannya aku balas dengan senyuman.
p/s; kalau kau ada di tepi gelanggang dengan muka pengharapan untuk kejayaan aku, apa lagi yang aku boleh rasa ;')