waktu dia masih muda dan kuat, dia yang menatang aku dan firdaus.
menyikatkan rambut
membasuhkan berak
membuatkan susu
perginya anak bujang yang dia manjai selama lebih dua dekad ke perantauan mencari rezeki membuatkan dia sasau. menangis, meratap, meraung setiap waktu. tangis dia;
'boleh gila aku begini'
aku hanya memerhati. mungkin jiwa aku yang masih muda tak terkesan dengan semua itu pada awalnya. aku hanya pentingkan buku, televisyen, telefon bimbit, rakan-rakan.
maafkan aku.
maafkan aku.
maafkan aku.
aku sanggup beri apa sahaja agar kau sihat semula, dapat duduk di bangku tepi tangga sambil meneman aku, bicaralah apa sahaja, aku mahu dengar.
tolonglah tuhan..
boleh gila aku begini.