20130606

lima jun dua puluh tiga belas

maafkan aku. aku sering sorok tong ridset tak mahu kau jumpa lalu guna. mulai malam-malam seterusnya ini, ridset itu tak akan lagi diminta dan dicari. maafkan aku. aku sering menolak bekalan makanan yang kau simpan berbulan-bulan lepas. balik sekolah kali ini, tiada siapa lagi yang akan menghulur balang biskut lama pada aku. maafkan aku. aku selalu pekakkan telinga dengan cerita-cerita yang dikongsi. mulai hari depan, tak akan ada lagi suara yang bercerita. 

maafkan aku. ramadhan lepas aku malas mahu tukar langsir bilik itu. raya tahun ini, bilik itu tak lagi berpenghuni.

kau rindukan aku dan dia sepenuh hati, sampai kau akhirnya jadi begini. terhukumlah aku dengan rasa-rasa bersalah sepanjang hayat ini, dengan rindu yang kini digendong aku, disaat kau pula sudah tiada. selamanya.

akhirnya aku benar-benar terlambat.