dia datang dengan muka mulus ketuk bilik-perempuan kami lalu merencatkan aktiviti bersosial laman sesawang aku. aku siap-siap masukkan handset aku dalam kocek. selama tiga bulan handset aku macam barangan tak bertuan, tapi malam ini aku rasa ia ada tugas.
okay, adik boleh buat kerja sekolah ni berapa cepat?
kenapa?
kalau budak pandai dia boleh siap kerja sekolah 30 minit je, budak biasa buat satu jam. adik pandai ke tak?
eh, mestilah pandai.
dia dengan tiba-tiba diresap semangat boboi boy (baca: ketaksuban). aku tekan stopwatch dan dia pun menyalin macam lipas kudung.
akhirnya hendset aku berjasa.
p ajar s; aku sayang dia, dan aku bakal rindu si polos badan halus tu dua minggu lagi ;)