20131015

raya haji dan tahun tesis

#siji
aku masih berat hati nak terima kenyataan yang aku perlu siapkan sejilid tesis sesi kali ini. kadang-kadang datang rasa mahu buat hentam kromo ataupun taip-taip cukup syarat lepas itu hantar pada penasihat bila dah sampai masa. tapi bila fikir kesan yang bakal aku terima dalam slip periksa, aku terus telan air liur. glup. sanggupkah aku bayar kemalasan aku dengan rasa bunuh diri bila tengok nombor dua titik perpuluhan aku tahun depan?

#loro
aku sumpah malas nak baca apa-apa pun bentuk bahan bacaan kali ini. tapi cuti raya haji aku sukses habiskan himpunan cerpen 'cerita akhir tahun' yang separuh daripadanya aku dah baca berkurun lalu. kesimpulan; aku suka benar bab 6 -cerita akhir tahun dan bab 7 -talia dan raksasa Qadqad. tiba-tiba aku terbayangkan kegembiraan buat tesis tentang buku fiksyen berbanding buat tesis tentang batu-bata. grr.

#telu
aku bawa kancil biru yang dah pancit tayar jalan-jalan. mujur aku cepat sedar kalau tak rim dah menari-nari masuk longkang.

#papat.
raya haji kali ini kami dihujani daging-daging lembu. masing-masing keluarga nak buat korban. kami pun tumbang lembu seekor untuk 4 orang; mama, abah, firdaus dan aku. aku gelak kecil membayangkan kat padang masyar nanti aku bakal naik lembu dengan firdaus. moga waktu itu aku tak sedar apa-apa sebab kalau aku sedar mesti aku tolak firdaus jatuh lembu. sangat memakan ruang.

#limo
kau tahu aku dapat mesej kelas hari khamis batal. jadi kau rasa aku perlu balik hari apa?

#nenam
hadiah untuk penulis-penulis tesis. kalau tertekan menaip mari berhenti lalu buat begini.