aku jalan-jalan dengan kawan baik aku tadi. dia kata nak belanja aku konfeksi sejuk beku. aku minta yang paling mahal, dan dia angguk. sambil jalan dia tanya aku; eh ayah kau macam mana, dah sihat? aku jawab
ayah aku dah tak ada.
dia terus senyap. beberapa minit lepas itu kami rancak berborak balik. aku anggap dia suka tengok aku senyum jadi aku senyum lebar sepanjang masa. tapi dia cakap;
eh kau dah tembam dan gemuk.
aku tersengih. aku tak marah, juga tak sedih. aku masih lagi jalan terlompat-lompat sebelah dia, sambil sengih aku balas ayat bela diri kenapa aku gemuk. dia senyum. aku lega hati bila dia dah tak buat muka simpati macam tadi. mungkin aku dah serik jadi si penyedih dulu. membebankan, memenatkan.
sekarang aku mahu dia, mereka senyum bersama aku.
=)