bila aku bangun pagi, mahu aku kucup pipi kau dengan lebihan saliva basi masih bertakung dalam mulut aku. aku mahu kau bangun lalu tarik rambut aku dan masukkan dalam telinga kau. lalu aku akan jerit 'pengotor!' sambil ketawa. aku mahu kau pulang dengan muka penat kemudian aku rangkul kau kuat-kuat depan muka pintu, kemudian kau pegang pipi kanan aku lalu tersenyum. genggam tangan aku waktu aku dan kau bersiar-siar dalam taman depan rumah sambil kau bicara tentang burung-burung yang terbang sekawan, aku sembunyi ranting patah lalu cucuk perut kau yang kemudiannya kau tangkap tangan aku lalu bilang 'jangan nakal-nakal'. kau akan temankan aku beli ikan, dan aku akan temankan kau basuh motosikal buruk kita depan rumah. kau lukiskan aku wajah atas kanvas, aku dodoikan kau atas pangkuan dengan lullaby.
kau adalah lebih daripada apa yang aku mahu.
tapi sekarang, biarlah aku habiskan masa-masa bujang aku seindah, segila dan sedahsyat mungkin. lagi-lagi bila kau sendiri belum pernah muncul dalam dunia aku. mari kita mulakan semua ini lima tahun lagi, tujuh tahun lagi atau bila masa sudah sampai? ok?