20140307

lewat indah

aku selalu lambat dalam apa jua perkara, dan aku tak tahu kenapa. sebagai contoh semalam, aku janji dengan teman aku untuk bawa dia membeli di jalan masjid. kami berjanji pukul 2.45 petang di perpustakaan. pukul 2.45 petang juga barulah aku terkedek-kedek dengan payung sebatang keluar bilik disimbah haba panas langit bangsar. begitu juga dengan hal-hal lain; temu janji dengan bakal doktor di klinik gigi belakang kolej, aku masih sempat dandan-dandan rambut lima minit sebelum pukul 9.30 pagi iaitu waktu sepatutnya aku dah tercacak depan klinik. tapi itu disertakan dengan alasan kukuh; klinik hanya belakang kolej jadi 5 minit tak ada hal untuk aku pecut (ceh).

aku dan kelembapan.

tapi sebenarnya, aku suka. dalam kesibukkan berlari (baca; memecut) tuhan kadangkala beri aku sesuatu yang aku tak nampak bila aku berjalan; bumi, isi diatasnya dan keindahan.

adegan bollywood merentas padang varsiti atas alasan jalan pintas.

rasa indah itu macam masa yang tiba-tiba terhenti ketika bumi pantas berputar bilamana kau ternampak di seberang jalan seorang foreigner berambut perak sedang minum air ditengah panas sambil lap peluh guna belakang tangan dengan cara yang paling awesome. ah sudah.

itu contoh saja ok.
         
jadi, mungkinkah tesis aku yang lewat ini pun boleh jadi indah? tui.