20140425

bunga dan degil

Mungkin aku sedar bunga cuba mengelak berbual dilapik alasan tertentu; sibuk, ada hal yang nak dikerjakan, dan blabla.

Tapi aku tetap degil.

Tetap mahu curi waktu dia, waktu yang tak diperuntukan untuk aku. Lalu aku bercakap sedepa dua dan dibalas, maaf sedang sibuk lain kali sembang.

dan aku; 'bunga...' sambil meratap-ratap dan guling-guling. (baca; over)

kalau boleh ketepikan hal kewarasan, mahu saja aku ikat dia di tepi aku duduk diam-diam. jelmakan dia jadi si blublu ataupun si bora lalu dudukkan di penjuru katil aku. sekarang dengan saki-baki ego dan malu aku mengaku, aku sangat terdesak mahukan dia. dan keterdesakkan yang tak berbalas itu buat aku tambah malu dan parah, macam kaca yang dilenyek mesin pelupus sampah. kau rasa boleh pulih balik ke kaca tu? tak kan? tak kan? tapi masalah utama, esoknya degil aku kembali lalu hantar 'hai bunga!' dengan hati riang-ria.

duh.

aku rasa geli mahu post entri begini. ah lantaklah!