Ya, aku tahu kalau malu memang tak akan dapat apa-apa. Tapi aku percaya tuhan tahu,
yang aku bukannya sombong pada ahmad. Aku nampak dia dan ibunya tepi tangga.
Bukan setakat sapa, senyum pun aku tak mahu. Aku buat buat tak nampak, tapi
disebalik tiang khemah dan jambangan bunga aku curi curi pandang ahmad baju
putih seluar hitam gaya peguam syariah lepas habiskan kes cerai.
Aku sebenarnya
malulah ahmad. Tapi, ini kali terakhirlah mad kalau aku mahu nampak kau pun.
Ini bukan utusan seorang peminat (baca; admirer) pada orang yang
diminatinya (baca; crush).
Aku teringatkan ahmad sebab aku pernah minta
kebenaran dia nak panjat tingkap studio dia untuk ambil biskut aku yang tertinggal
luar koridor sebelah. Aku tak ucap terima kasih pun, aku terus panjat masuk
kembali tingkap dengan biskut kraker dan oligo 3 dalam 1 di tangan tanpa aku pandang atau senyum
terima kasih, sebab kebetulan memang ada saki air liur basi tepi muka aku di
saat jam sudah pukul 12 tengahari. Anak dara bangun saat matahari atas kaabah
ditambah dengan kelakuan panjat koridor bagi aku boleh dipanggil kurang tebiat. Tak mengapalah ahmad, aku mungkin kau tak tahu yang aku ini pemalu umpama
manusia tiada hidung (simpulan bahasa mak aku). Semoga kau sukses selalu
menjadi doktor kepada bangunan bangunan di melesie ini. Dan jika kau di takdir
bertemu belahan dan menikah, aku doakan yang dia menjaga kau dan mak kau
sepenuh jiwanya dan orangnya juga semanis gula perang kalau tak semanis kau
gula melaka.
Aku
semacam ada gerak hati yang kau juga akan terbuka taip taip aku, sebab itu aku
tulis disini. Kalau kau baca baguslah (dengan harapan kau tahu aku sebenarnya
bukan sombong cuma sejenis makhluk tak berhidung). Walaupun aku tahu menulis di
blog adalah sangat lapuk tak sejaman instaberat dan penciap. Kalau tak terbaca pun
tak mengapa, aku hanya mahu sedapkan hati aku yang mula tak sedap sejak di
tangga tadi.
Ok.
Selamat bergraduasi semua.